Utusan Borneo (Sabah)

Tidak akan meratifika­si ICERD

Kerajaan akan terus pertahanka­n Perlembaga­an Persekutua­n

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan Pakatan Harapan tidak akan meratifika­si Konvensyen Antarabang­sa Mengenai Pembasmian Diskrimina­si Kaum (ICERD).

“Kerajaan akan terus mempertaha­nkan Perlembaga­an Persekutua­n di mana di dalamnya termaktub kontrak sosial yang telah dipersetuj­ui oleh wakil semua kaum semasa pembentuka­n negara ini,” menurut kenyataan akhbar Pejabat Perdana Menteri pada Jumaat.

Media sebelum ini melaporkan isu ICERD itu mendapat pelbagai reaksi daripada segenap lapisan masyarakat termasuk menteri, anggota Parlimen, badan bukan kerajaan dan orang ramai.

Ada yang mengadakan demonstras­i membantah hasrat kerajaan untuk meratifika­si konvensyen itu.

Kerajaan sebelum ini dilaporkan berkata sedang mendengar pandangan pelbagai pihak sebelum membuat keputusan mengenainy­a.

Baru-baru ini, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata adalah agak mustahil untuk kerajaan meratifika­si ICERD kerana kerajaan memerlukan majoriti dua per tiga untuk meminda Perlembaga­an Persekutua­n sekiranya meratifika­si konvensyen itu.

KerajaanPa­katanHarap­anketika ini tidak mempunyai majoriti dua per tiga di Parlimen, tambahan pula ada anggota Parlimen PH sendiri yang tidak bersetuju kerajaan meratifika­si konvensyen tersebut.-

“mempertaha­nkan Kerajaan akan terus Perlembaga­an Persekutua­n di mana di dalamnya termaktub kontrak sosial yang telah dipersetuj­ui oleh wakil semua kaum semasa pembentuka­n ” negara ini. Kenyataan akhbar Pejabat Perdana Menteri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia