Utusan Borneo (Sabah)

NGO petunjuk tubuh tabung keluarga bantu golongan miskin

-

KOTA BHARU:Akibat kesempitan hidup, sebuah keluarga enam beranak termasuk seorang anak kurang upaya (OKU) terpaksa bersesak di sebuah rumah sewa satu bilik di Lorong Tok Kenali dekat Kubang Kerian, di sini.

Ketua keluarga berkenaan, Sokri Ab Ghani, 58, ketika ditemui berkata dahulu, dia bekerja di sebuah bengkel membaiki bas tetapi terpaksa berhenti selepas ditawarkan Skim Pemberhent­ian Sukarela (VSS) dan kini dibayar secara ansuran oleh syarikat kirakira RM200 sebulan.

“Saya sudah tidak larat bekerja keras dan hanya bergantung kepada anak sulung, Syahrul Nizam, 23, yang berniaga santan kelapa dengan pendapatan sekitar RM20 hingga RM40 sehari. Dua lagi anak perempuan saya bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kubang Kerian 2.

“Anak yang bongsu pula, Mohd Syahizat, 14, menghidap autisme dan lelah, dia menghadapi masalah percakapan dan perlu sentiasa ditemani ibunya, Nik Khatijah Nik Mat, 52. Anak saya ini sepatutnya mendapat pendidikan lanjut di Pusat Dalam Komuniti (PDK) Chepa tetapi tiada pengangkut­an sesuai untuk menghantar­nya,” katanya ketika ditemui pada Jumaat.

Jelasnya, Mohd Syahizat juga menghadapi masalah sukar memahami percakapan dan perlu dibawa mendapat rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) tetapi keluargany­a tidak berupaya dari segi kewangan.

“Kami berharap ada pihak termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menjenguk kami di sini untuk apa-apa tindakan kerana bimbang dengan nasib Mohd Syahizat yang dikategori­kan sebagai anak OKU,” katanya yang bersyukur nasib keluargany­a mendapat perhatian sebuah badan bukan kerajaan (NGO) Pertubuhan Tabung Kebajikan Jaringan Keluarga Kelantan (Petunjuk), pada Jumaat.

Sementara itu, Pengerusi Petunjuk Dr Mohamad Hamzah ketika ditemui berkata, pihaknya sudah mendapat maklumat mengenai keluarga berkenaan dan mendapati mereka benar-benar berada pada garis kemiskinan.

Beliau berkata Petunjuk adalah sebuah NGO yang mana di dalamnya mempunyai tabung yang dibentuk sendiri oleh ‘kumpulan keluarga’ dengan setiap tabung mengandung­i minima wang sebanyak RM1,000 dan wang itu akan digunakan untuk membantu anggota keluarga terdekat sebelum disumbangk­an kepada orang luar.

“Buat masa sekarang kita mempunyai 12 tabung daripada keluarga Ahli Jawatankua­sa. Sekiranya tabung mempunyai dana minima sebanyak RM1,000 ianya sudah mampu membantu 10 keluarga jika disedekahk­an sebanyak RM100 bagi setiap keluarga. Sekiranya sesebuah tabung itu mempunyai banyak sumber kewangan maka banyaklah program kebajikan boleh dilaksanak­an.

“Matlamat kami adalah bagi membantu golongan miskin tegar. Kita berharap Petunjuk akan mendapat ramai keahlian dan sasaran kita adalah 1,000 tabung setiap tahun di Kelantan sahaja sebagai permulaan,” katanya.-

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia