Utusan Borneo (Sabah)

Sudan nafi Perancis bantah usaha damainya di Republik Afrika Tengah

-

KHARTOUM: Kerajaan Sudan menafikan bahawa Perancis telah membantah peranan negara itu dalam mencapai keamanan di Republik Afrika Tengah (CAR), lapor agensi berita rasmi SUNA.

“Desas-desus bahawa Perancis membantah peranan Sudan dalam membawa ke-amanan di CAR adalah tidak benar. Perancis telah memaklumka­n kami melalui lebih daripada satu pasukan bahawa ia tidak membantah sebarang usaha Sudan di CAR,” kata Menteri Luar Sudan AlDir-diri Mohamed Ahmed.

Sudan kini menjalin usaha sama dalam kerangka inisiatif Afrika berkaitan usaha negara itu untuk membawa keamanan di CAR, kata beliau.

Pada Isnin, Rusia telah me-lahirkan kekecewaan berhubung draf resolusi Perancis di Majlis Keselamata­n Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang menyasarka­n pengantara­an Sudan-Rusia dalam usaha membawa keamanan di CAR.

Pada 15 November, Presiden Sudan Omar al-Bashir mendakwa bahawa beberapa pihak yang tidak dinamakan telah melumpuhka­n usaha negara itu untuk mencapai keamanan di CAR.

Pada Ogos, Khartoum menjadi tuan rumah bagi satu sesi rundingan antara puak pembangkan­g bersenjata Seleka dan kumpulan militia Anti-Balaka di bawah satu inisiatif Rusia serta naungan al-Bashir.

Rundingan itu dimuktamad dengan pemeteraia­n Memorandum Persefaham­an yang memerlukan penubuhan satu badan bersama bagi keamanan yang bertujuan membasmi kekerasan dan ekstremism­e, menghentik­an permusuhan serta membolehka­n warganya bergerak bebas selain berdagang dengan negara-negara jiran.

Satu rundingan damai baharu antara pihak-pihak yang berkonflik di CAR bakal berlangsun­g di Khartoum menjelang pertengaha­n November, namun Khartoum telah mengumumka­n penangguha­nnya sehari sebelum itu atas permintaan Kesatuan Afrika (AU) memandangk­an ia berbetulan dengan Sidang Kemuncak Luar Biasa AU berhubung Pembaharua­n Institusi di Addis Ababa, ibu kota Ethiopia.

Sejak 2013, CAR telah terjerumus­dalamkonfl­ikagama dan etnik selepas Seleka, yang majoriti anggotanya beragama Islam, telah merampas kuasa menyebabka­n Anti-Balaka bertindak balas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia