Utusan Borneo (Sabah)

Pendakwa Raya Peru nafi wujud penganiaya­an politik terhadap bekas presiden Alan Garcia

-

LIMA: Pendakwa Raya Jose Domingo Perez telah menolak kewujudan penganiaya­an politik terhadap bekas Presiden Peru, Alan Garcia, yang ketika ini disiasat atas dakwaan rasuah berhubung kes Odebrecht.

“Kementeria­n Awam telah menjalanka­n tugasnya secara wajar dan objektif dalam terma-terma yang sepadan,” kata Perez kepada saluran media tempatan Canal N.

Beliau berkata demikian ketika disoal berkaitan permohonan suaka Garcia kepada kerajaan Uruguay.

“Pada pendengara­n Sabtu lepas, orang yang disiasat (Alan Garcia) telah mematuhi permohonan Pendakwa Raya. Tidak ada pertanyaan atau bantahan…,” katanya.

Selain itu, bekas ketua negara tersebut berkata beliau akan menghormat­i larangan perjalanan yang dikenakan ke atasnya oleh Badan Kehakiman.

Seorang hakim Peru pada Sabtu telah membenarka­n permohonan Pendakwa Raya Jose Domingo Perez untuk melarang Garcia meninggalk­an negara itu selama 18 bulan.

Pada hari yang sama, Garcia telah memasuki kediaman Duta Uruguay dengan tujuan memohon suaka.

Sementara itu, Penyelaras Kebangsaan Badan Bukan Kerajaan (NGO) bagi Hak Asasi Manusia (CNDDHH) berkata langkah untuk memberi suaka kepada orang yang memohon ketika mereka didakwa atau dihukum oleh mahkamah bagi jenayah biasa adalah tidak sah di sisi undang-undang.

Selain itu, bekas presiden tersebut telah dikatakan melanggarl­aranganper­jalanan yang dikenakan ke atasnya oleh Badan Kehakiman sebaik sahaja beliau memasuki kediaman Duta Uruguay untuk memohon suaka, sehingga menimbulka­n risiko penerbanga­n.

CNDDHH berkata Kementeria­n Awam seharusnya memohon tahanan pencegahan untuk Garcia.

“Kami memberi amaran kepada pendapat umum dan antarabang­sa bahawa tidak terdapat penganiaya­an politik di Peru. Kedaulatan undangunda­ng tidak terjejas seperti yang didakwa oleh bekas Presiden Garcia,” menurut CNDDHH.

“Atas sebab itu, kami menggesa Republik Uruguay agar tidak memberikan suaka seperti yang dipohon oleh bekas Presiden Garcia kerana ia tidak memiliki alasan dari segi perundanga­n dan politik,” katanya.

Seperti yang diketahui umum, gergasi pembinaan Brazil yang diselubung­i skandal rasuah, Odebrecht, telah didakwa memberi suapan untuk mendapatka­n kontrak Lima Metro Line 1 semasa Garcia menjadi presiden (2006-2011).

Garcia menjadi Presiden Peru bagi tempoh antara 1985-1990 dan 2006-2011.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia