Utusan Borneo (Sabah)

Enam lelaki Serbia bunuh pelancong AS di Greece kena penjara 5-15 tahun

-

ATHENS: Enam lelaki berasal dari Serbia dijatuhkan hukuman penjara kelmarin kerana memukul hingga mati seorang pelancong Amerika Syarikat (AS) di luar sebuah bar di sebuah pulau Greece pada tahun lepas, lapor agensi negara ANA.

Namun defendan, salah seorang daripada mereka merupakan pemegang pasport Britain, telah dipenjarak­an kerana menyebabka­n kece-deraan pada anggota badan berbanding dengan pembunuhan. Mereka menerima hukuman meliputi dari penjara selama lima hingga 15 tahun.

Ibu bapa Bakari Henderson menghadiri perbicaraa­n menjatuhka­n hukuman di sebuah mahkamah di Patras dan ibunya, Jill, menangis ketika beliau bercakap dengan wartawan di luar bilik mahkamah.

“Saya berasa sangat kecewa dengan keputusan itu. Saya sukar mempercaya­i bahawa seseorang boleh dibunuh, dikejar seperti seekor anjing di jalan raya, dan pelakunya boleh masuk semula ke dalam bar dan berpesta.

“Mereka telah membunuhny­a dengan kejam, mereka menendang dia beberapa kali di bahagian kepala... ia adalah lebih teruk berbanding tindakan kamu kepada seekor anjing,” tambahnya.

“Sekiranya seseorang boleh membunuh, dan tidak ada keadilan yang ditegakkan, apa yang membuatkan kamu memikirkan bahawa kamu boleh menghantar anak kamu ke negara lain dan kemudian berasa selamat?”

“Nyawa manusia seharusnya dihargai tidak kira di mana kamu berada. Undang-undang kita harus seiring kerana ini tidak memberikan sebarang makna kepada saya,” kata beliau.

Sembilan orang telah dibicaraka­n pada mulanya kerana memukul sehingga mati Henderson, seorang rakyat Afrika-Amerika ber-usia 22 tahun, pada Julai 2017 di pusat peranginan pantai Laganas di pulau Zante.

Namun ketika dakwaan telah diubah dari membunuh kepada mencederak­an anggota badan, tiga suspek de-ngan penglibata­n yang kurang penting telah dibebaskan kerana tiada tuduhan secara langsung difailkan terhadap mereka.

Polis menahan suspek selepas melihat rakaman CCTV bagi insiden itu.

Bahagian yang disiarkan dalam televisyen Greece me-nunjukkan Henderson ditampar oleh salah seorang suspeksele­pasbercaka­pdengan seorang pelayan wanita.

Satu pergaduhan berlaku, dengan rakaman jalanan menunjukka­n Henderson dikepung dan dipukul di depan sebuah kereta. Dia mengalami kecederaan kepala yang serius dan disahkan meninggal dunia selepas dibawa ke hospital.

Laganas adalah terkenal dengan kehidupan waktu malamnya dan seorang sumber polis memberitah­u AFP bahawa semua yang terlibat berada dalam keadaan mabuk semasa kejadian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia