Utusan Borneo (Sabah)

Anggota keselamata­n tembak mati seorang pencari jed di Myanmar

-

YANGON: Seorang pencari jed di utara Myanmar telah ditembak mati oleh pengawal keselamata­n lombong, kata pegawai pada Selasa, kematian terbaharu dalam industri bernilai berbilion dolar yang terkenal kerana keadaan kerja yang buruk, kejadian tanah runtuh yang menyebabka­n kematian, dan gejala rasuah.

Ramai yang mencari jed di negeri Kachin, Myanmar, bekerja sehingga larut malam di tanah yang dimiliki syarikat perlombong­an untuk mencari serpihan batu berharga itu, yang diidam-idamkan sebagai tanda tuah dan kejayaan di negara jiran, China.

Syarikat biasanya membenarka­n pencari haram untuk memasuki konsesi mereka secara tidak rasmi selepas jentera berat mereka selesai mencari batu ‘jadeite’ yang besar di bawah gunung bumi.

Myanmar merupakan sumber ‘jadeite’ terbesar di dunia dan menemui serpihan terlepas daripada pelombong syarikat adalah agak lumayan bagi pencari jed.

Namun keadaan di lombong adalah berbahaya. Puluhan pekerja mati setiap tahun dalam kejadian tanah runtuh manakala pertelingk­ahan dengan pengawal keselamata­n yang bekerja untuk syarikat lombong biasa berlaku.

Pada Selasa, seorang pekerja dari negeri Rakhine yang bergolak dan miskin di Myanmar ditembak mati dekat sebuah lombong di Hpakant, bandar jed utama dalam negeri Kachin.

“Pemuda itu mati akibat tembakan oleh pengawal keselamata­n yang bekerja untuk sebuah syarikat,” kata Shwe Thein, ketua parti Liga Demokrasi Kebangsaan di kawasan Seik Hmu di Hpakant, kepada AFP.

Thein berkata pelombong terbabit bukan pencuri dan hanya mencari wang daripada sisa yang tidak dijumpai jentera penggali berat.

“Mungkin ada perselisih­an faham antara pelombong dan pengawal keselamata­n tetapi membunuh mereka bukan penyelesai­annya,” kata Thein.

Beliau menambah kira-kira 400 pencari yang bekerja di kawasan berkenaan membakar sebuah kereta dan sebuah bangunan di tempat kejadian kerana marah.

Nilar Myint, seorang pegawai dari pentadbira­n tempatan Hpakant, berkata mangsa berusia 25 tahun dan pertelingk­ahan itu mungkin bermula kerana pelombong datang ke lokasi sebelum mereka dibenarkan untuk mencari jed.

Badan bukan kerajaan (NGO) Global Witness mendapati pada 2014 bahawa lombong jed Myanmar di Kachin menghasilk­an kirakira AS$31 bilion (RM124 bilion) pada tahun itu sahaja, hampir setengah daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara dalam tempoh yang sama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia