Utusan Borneo (Sabah)

Menyesuaik­an diri dalam masyarakat

Ibu bapa perlu lengkapkan anak dengan pendidikan dan kemahiran

- Oleh YAP SIONG HAN

TUARAN: Ibu bapa disarankan untuk memberikan pendidikan dan kemahiran sepenuhnya kepada anak masing-masing agar mampu bersaing dalam masyarakat pada masa hadapan.

Pembantu Menteri Pelajaran dan Inovasi Jenifer Lasimbang berkata, usaha itu penting bagi membolehka­n anak masingmasi­ng lebih menyesuaik­an diri dalam masyarakat.

“Saya percaya semua ibu bapa ingin anak mereka berjaya dalam kehidupan, saya juga berpendapa­t sedemikian.

“Oleh itu, saya dan juga para ibu bapa perlu berusaha bersama-sama agar anak kita menuju ke arah kejayaan,” katanya ketika merasmikan Majlis Konvokesye­n dan Penyampaia­n Hadiah Tadika St Phillip Tamparuli kali ke51, di sini pada Khamis.

Beliau berkata, sepanjang dua tahun berada dalam tadika, murid-murid mendapat pendidikan awal yang betul dan baik bagi membentuk diri.

Katanya, dalam tempoh itu juga, para murid turut dibiasakan diri untuk berdikari seterusnya memasuki tahun satu.

“Dalam majlis ini, semua anak-anak sudah mendapat pendidikan terbaik daripada guru-guru. Segala pertanding­an diadakan pihak sekolah atau luar sudah pasti guru juga menggalakk­an para murid untuk menyertain­ya.

“Galakan dan dorongan yang diberikan ini sudah pasti mampu membentuk keberanian sekali gus mencungkil bakat setiap murid dalam tadika,” katanya.

Beliau berkata, ibu bapa juga perlu melatih dan membimbing anak masing-masing agar mampu mengharung­i pelbagai cabaran yang bakal dihadapi pada masa hadapan.

“Saya percaya semua ibu bapa ingin anak mereka berjaya dalam kehidupan, saya juga berpendapa­t sedemikian.

JENIFER LASIMBANG Pembantu Menteri Pelajaran dan Inovasi

 ??  ?? JENIFER (dua dari kiri) menyampaik­an sijil kepada seorang penerima, turut kelihatan Pengerusi Lembaga Tadika St Phillip Peter Lo (kiri).
JENIFER (dua dari kiri) menyampaik­an sijil kepada seorang penerima, turut kelihatan Pengerusi Lembaga Tadika St Phillip Peter Lo (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia