Utusan Borneo (Sabah)

100 pakar, pegawai perubatan sertai ‘3rd Borneo Arthroscop­y Scientific Course’

-

KOTA KINABALU: Lebih 100 peserta terdiri kalangan pakar, pegawai perubatan, paramedik dan fisioterap­i seluruh negeri menyertai ‘3rd Borneo Arthroscop­y Scientific Course 2018 ” Peringkat Negeri Sabah bertempat di Dewan Auditorium Hospital Queen Elizabeth II (HQE II) pada Khamis.

Kursus yang berlangsun­g selama dua hari itu antara lain memberi pendedahan kepada para peserta kursus berhubung prosedur pembedahan sekiranya berlaku ketidaksta­bilan bahu selain mengenalpa­sti faktor risiko dan mekanisma sekiranya berlaku kecederaan di bahagian itu.

Kursus anjuran Jabatan Ortopedik HQE II dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Sabah dan Persatuan Ortopedik Kota Kinabalutu­rutmengund­ang penceramah terdiri daripada pakar perubatan ortopedik seluruh negeri yang mempunyai subkepakar­an dalam bidang Arthroscop­ic & Sports Injury.

Para peserta turut diberi latihan dan pemahaman rawatan secara konservati­f, rehabilita­si dan pembedahan selain memahami kaedah perawatan radiologi sekiranya berlaku ketidaksta­bilan khususnya kecederaan di bahagian sendi bahu.

Majlis perasmian kursus disempurna­kan oleh Ketua Penolong Pengarah Perubatan, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) Dr Chin Kuen Yei.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Klinikal HQE II Dr Ferro Firdaus Ibrahim serta Ketua Jabatan Orthopedik HQE II Dr Tan Chen Wee merangkap pengerusi penganjur 3rd Borneo Arthroscop­y Scientific Course.

 ??  ?? DR Chin (duduk, tiga dari kiri) merakamkan gambar kenangan bersama panel penceramah serta peserta kursus sejurus merasmikan kursus itu.
DR Chin (duduk, tiga dari kiri) merakamkan gambar kenangan bersama panel penceramah serta peserta kursus sejurus merasmikan kursus itu.
 ??  ?? PARA peserta turut diberi latihan dan pemahaman rawatan secara konservati­f, rehabilita­si dan pembedahan sekiranya berlaku ketidaksta­bilan khususnya kecederaan di bahagian bahu.
PARA peserta turut diberi latihan dan pemahaman rawatan secara konservati­f, rehabilita­si dan pembedahan sekiranya berlaku ketidaksta­bilan khususnya kecederaan di bahagian bahu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia