Utusan Borneo (Sabah)

Atletico berpeluang pintas Barcelona di tempat teratas

-

MADRID: Atletico Madrid berpeluang untuk mengambil kesempatan ke atas kempen La Liga yang tunggangla­nggang apabila mereka menerima kunjungan juara bertahan Barcelona pada malam ini (Sabtu) dengan peluang untuk menduduki tempat teratas pada hujung minggu walaupun prestasi mereka sendiri tidak menentu.

Pasukan Diego Simeone berada hanya satu mata sahaja di belakang pendahulu Barca walaupun seri lima kali dan tewas sekali, selain jumlah perlawanan sama yang mereka menangi.

Mereka sedang berusaha untuk memintas Barca di sisi Sevilla dan pakej kejutan Alaves, dua kelab yang terikat 23 mata dengan Atleti.

Alaves, yang naik ke liga utama pada 2016, menduduki tempat ke-14 pada musim lepas tetapi akan menduduki tempat teratas jika mereka menang di stadium lawan di Leganes semalam manakala Sevilla berpotensi menjadi pendahulu pada malam esok (Ahad) walaupun menduduki tempat ke-13 pada September lepas.

Malah Real Madrid juga tidak jauh, hanya empat mata sahaja di belakang walaupun gagal menjaringk­an gol lebih lapan jam pada satu ketika dan tidak ada jurulatih tetap selama dua minggu sebelum Santiago Solari dinaik taraf daripada pengurus sementara kepada pengurus sepenuh masa.

Pada musim ini, setiap kali pencabar masuk gear, mereka seakan-akan turun gear semula, seterusnya menawarkan dorongan baharu kepada pencabar yang tersandung di sekeliking mereka.

Barca berada di ambang krisis pada September lepas sebelum mereka mencatatka­n enam kemenangan dan satu keputusan seri di tempat lawan di Valencia. Kemudian mereka ditumpaska­n 4-3 oleh Real Betis.

“Kami berjaya bermain dengan cara yang kami inginkan ketika menentang pasukan besar, tetapi menentang pasukan lain dengan kurang potensi, kami tidak begitu,” kata pemain pertahanan Gerard Pique.

“Jika kami mahu memenangi kejuaraan, kami perlu kuat menentang semua pasukan, pasukan sukar dan semua pasukan lain.”

Atletico mungkin sudah melupakan permulaan mereka yang buruk tetapi pada bulan lepas, mereka mengalami kekalahan terbesar mereka di bawah Diego Simeone, kekalahan 4-0 kepada Borussia Dortmund.

Sebelum waktu rehat antarabang­sa, mereka memerlukan dua mata dalam masa 10 minit terakhir untuk menwaskan Athletic Bilbao.

Kali terakhir Atleti menang ke atas Barca dalam liga adalah pada 2010 ketika mereka ada penjaga gol Sepanyol, David de Gea, dan penyerang Argentina, Sergio Aguero.

Lionel Messi ternyata menjadi penentu pada Mac lalu dengan satu tendangan percuma yang cantik, dan pada musim panas lalu untuk Antoine Griezmann juga, yang memutuskan dia akan lebih berjaya jika dia memainkan peranan utama bersma Atletico daripada bermain sebagai pemain pilihan kedua di Barca.

Griezmann tidak segan silu menyatakan keinginann­ya untuk memenangi anugerah Ballon d’Or pada tahun ini tetapi walaupun dia memenangi Piala Dunia dan Liga Europa, dia dijangka tidak akan berjaya, kerana dia tidak mendominas­i perlawanan seperti ini secara konsisten seperti Messi.

Pertarunga­n antara pemain lama dan pemain baharu dijangkaka­n di bahagian tengah, di mana Sergio Busquets, 30, bersemuka dengan Rodri Hernandez, lapan tahun lebih muda daripadany­a. -AFP

 ??  ?? SIMEONE
SIMEONE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia