Utusan Borneo (Sabah)

‘Maradona China’ dikaitkan perpindaha­n ke Wolves

-

SHANGHAI: Penjaring terbanyak dalam Liga Super China (CSL) Wu Lei, yang telah dikaitkan dengan perpindaha­n ke Wolverhamp­ton Wanderers, berkata dia akan berhijrah ke luar negara jika tawaran betul.

Pemain berusia 27 tahun itu dipilih sebagai pemain terbaik CSL pada Rabu lepas setelah dia menjaringk­an 27 gol untuk membantu Shanghai SIPG memenangi kejuaraan liga pertama mereka.

Pemain antarabang­sa China itu dikaitkan pada musim panas lalu dengan Wolves, kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) yang dimiliki konglomera­t dari China, Fosun Internatio­nal.

“Saya rasa ia perlu dipertimba­ngkan dalam banyak perkara,” kata Wu, yang turut membuat 10 bantuan dalam musim yang baharu tamat di China, mengenai perpindaha­n dari CSL.

“Namun pertama sekali, pada usia saya, jika saya pergi ke luar negara, saya mesti bermain, ini sangat penting,” kata Wu selepas mengesahka­n statusnya sebagai pemain terbaik di China.

“Dalam persekitar­an yang betul, saya dapat benarbenar meningkat dan saya dapat membantu pasukan kebangsaan apabila saya kembali.

“Saya rasa ia bergantung kepada masa yang tepat dan pelbagai faktor lain.”

Wu yang sudah bermain mewakili negara sebanyak 57 kali dengan 12 jaringan untuk negaranya, digelar “Maradona China” oleh jurulatih yang menjumpain­ya.

Wu, seorang pemain sayap atau penyerang yang lincah, menduduki tempat teratas carta penjaring dalamCSLdi­hadapan beberapa bintang asing termasuk rakannya dalam pasukan SIPG, Hulk, Odion Ighalo, Cedric Bakambu, Graziano Pelle dan Alexandre Pato.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia