Utusan Borneo (Sabah)

Teroka sumber pendapatan baharu sektor perhutanan

-

KUCHING: Kerajaan Sarawak akan terus meneroka dan memperkasa­kan sumber pendapatan baharu daripada sektor perhutanan, yang antaranya perdaganga­n karbon dan ekopelanco­ngan. Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata bagi tujuan itu, pelbagai inisiatif diambil seperti memperkasa­kan amalan pengurusan hutan secara mampan dan program konservasi hutan serta hidupan liar. “Komuniti setempat diseru untuk turut serta dalam aktiviti berkaitan dengan ekopelanco­ngan contohnya, menyediaka­n perkhidmat­an pemandu pelancong, penginapan (homestay), penyediaan makanan tempatan,persembaha­nkebudayaa­n dan sebagainya,” katanya. Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan yang dibacakan Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan pada Majlis Pelancaran Karnival Produk Hutan Bukan Kayu (NTFP) Sarawak 2018 di Tebingan Kuching, di sini, pada Khamis. Dalam pada itu, Abang Johari turut menegaskan bahawa Kerajaan Sarawak akan terus meningkatk­an usaha untuk membantera­s aktiviti haram yang boleh menjejaska­n sumber hutan, terutama pembalakan haram. Namun demikian, beliau berkata usaha itu hanya dapat dicapai sepenuhnya menerusi kerjasama daripada masyarakat khususnya komuniti setempat, dengan menyalurka­n maklumat kepada pihak berkuasa berkaitan agar tindakan segera dapat diambil. “Dengan adanya kerjasama daripada masyarakat, kita akan dapat bersama-sama menjaga sumber hutan bagi menjamin kelestaria­nnya,” ujarnya. Selain itu, beliau menambah bahawa Kerajaan Sarawak juga telah memutuskan untuk tidak mengeluark­an lesen hutan baharu kecuali dalam kawasan yang akan dibangunka­n, misalnya untuk pembanguna­n tanah Hak Adat Bumiputera (NCR). Pada masa sama, Abang Johari berkata Kerajaan Sarawak turut komited memelihara sumber hutan dengan mewartakan kawasan hutan sebagai estet hutan kekal dan kawasan terlindung sepenuhnya. Katanya menjelang tahun 2020, Kerajaan Sarawak menyasarka­n pengwujuda­n satu juta hektar kawasan tanah sebagai kawasan terlindung sepenuhnya. Menurut beliau, sehingga kini lebih 800,000 hektar kawasan tanah telah diwartakan sebagai kawasan terlindung sepenuhnya. Turut hadir Menteri Muda Pembanguna­n Usahawan dan Perusahaan Kecil dan Sederhana Datuk Mohd Naroden Majais, Menteri Muda Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar Datu Len Talif Salleh dan Pengarah Hutan Sarawak Hamden Mohammad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia