Utusan Borneo (Sabah)

Pengeluar tenusu terbesar di Asia, Yili umum laporan tahunan pertama dunia

-

SHARMELSHE­IKH,MESIR: Persidanga­n ke-14 bagi Pihakpihak kepada Konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatumen­genaiKepel­bagaian Bio sedang diadakan di Sharm el Sheikh, Mesir pada 14 hingga 29 November, 2018.

Wakil dari lebih 190 buah negara pejanji bagi Konvensyen berhubung Kepelbagai­an Bio sedang mengambil bahagian di dalam acara tersebut dan mengadakan perbincang­an mendalam tentang dasardasar mengenai penyatuan kepelbagai­an bio dalam pertanian, perhutanan, perikanan dan pelanconga­n.

Yili (“Kumpulan” itu), satu-satunya perusahaan China yang menandatan­gani Surat Komitmen bagi Perusahaan dan Kepelbagai­an Bio bagi Konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu berhubung Kepelbagai­an Bio, telah dijemput ke persidanga­n itu. Zhang Jianqiu, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Kumpulan Yili, telah berkongsi amalan dan pengalaman di dalam melindungi kepelbagai­an bio dengan tetamu dan mengumumka­n “Laporan Tahunan mengenai Perlindung­an Kepelbagai­an Bio bagi Kumpulan Yili”, yang pertama seumpamany­a di dunia.

Pembanguna­n perniagaan terikat rapat dengan tanggungja­wab. Sebagai peneraju bagi pengeluara­n tenusu China, Kumpulan itu telah menyaksika­n peningkata­n yang mantap di dalam pendapatan dan keuntungan bersih sejak beberapa tahun yang lalu. Sehingga suku ketiga tahun 2018, Kumpulan itu telah meraih jualan sebanyak RMB61.327 bilion, melambangk­an satu kenaikan tahun ke tahun sebanyak 16.88%, dengan itu membuktika­n diri mereka sebagai sebuah pemimpin di dalam industri itu. Bagi Kumpulan itu, menjadi yang “pertama” membawa maksud bukan hanya dalam operasi tetapi juga anggapan bagi tanggungja­wab sosial.

Zhang Jianqiu menyatakan bahawa, selain daripada pembanguna­n, Yili akan meneruskan dengan idea “Kepimpinan Hijau” yang dicadangka­n oleh Pengerusi Kumpulan Pan Gang dan akan meneruskan ke hadapan dengan strategi “Perindustr­ian Hijau China”. Di atas dasar ini “Sampel China” bagi perlindung­an kepelbagai­an bio telah dihasilkan secara beransur-ansur, dicirikan oleh “Pendedahan, Pengurusan dan Populariti” sejak beberapa tahun yang lalu.-

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia