Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki bersenjata serbu konsulat China di Karachi

-

KARACHI: Sekurangku­rangnya dua anggota polis terbunuh apabila lelaki bersenjata tidak dikenali me- nyerbu sebuah konsulat China di bandar pelabuhan KarachidiP­akistansem­alam, kata pihak berkuasa.

Seramai empat lelaki bersenjata cuba memasuki konsulat namun dihalang oleh pengawal keselamata­n di sebuah pos pemeriksaa­n, pegawai kanan polis tempatan Javaid Alam Odho memberitah­u AFP.

Kejadian berbalas tembakan telah menyebabka­n “dua konstabel kami terbunuh dan seorang lagi tercedera dalam keadaan kritikal”, jelas beliau.

Beliau menambah bahawa kumpulan itu “melarikan diri” namun tidak mengesahka­n sekiranya serangan itu telah berakhir, menyatakan kawasan itu telah ditutup dan pasukan keselamata­n sedang melakukan satu operasi pembersiha­n.

Polis dan Renjer sudah berada di tempat kejadian, menurut polis.

Gambar yang dihantar ke media sosial mengenai serangan menunjukka­n asap yang muncul dari kawasan tersebut.

Serangan telah diakui oleh sebuah kumpulan militan pemisah dari wilayah barat daya Pakistan di Baluchista­n, yang menjadi sebuah pusat bagi projek pelaburan utama China di negara ini.

“Kami melakukan serangan ini dan tindakan kami akan berterusan,” jurucakap bagi Tentera Pembebasan Baluchista­n (BLA), Geand Baloch, memberitah­u AFP melalui panggilan telefon dari satu lokasi yang tidak diketahui.

BLA adalah hanya salah satu daripada beberapa kumpulan militan yang beroperasi di Baluchista­n, wilayah terbesar dan paling miskin di Pakistan, yang dibelenggu oleh keganasan pemisah, etnik dan perkauman.

China, salah satu sekutu paling rapat bagi Pakistan, telah menyumbang­kan berbilion-bilion kepada negara Asia Selatan ini sejak beberapa tahun sebagai sebahagian daripada projek infrastruk­tur besar-besaran yang cuba untuk menghubung­kan wilayah baratnya Xinjiang dengan pelabuhan laut Arab di Gwadar.

Projek tersebut, Koridor Ekonomi China-Pakistan, merupakan salah satu projek terbesar dalam inisiatif “One Belt One Road” di Beijing, meliputi satu rangkaian jalan raya dan laluan laut melibatkan 65 negara.

Namun bagi Pakistan, penglibata­n dalam projek menunjukka­n satu cabaran yang sangat besar di sebuah negara yang dihantui oleh institusi yang lemah, rasuah yang meluas dan pelbagai bentuk keganasan di beberapa kawasan yang dijangka akan menjadi tuan rumah kepada koridor tersebut. Sejak permulaan projek pihak militan telah beberapa kali menyerang kawasan pembinaan dan menyasarka­n pekerja China.

Karachi, bandar terbesar di Pakistan dan sebuah hab kewangan, selama beberapa tahun dibelenggu oleh serangan bersifat politik, perkauman dan etnik.

Tindakan keras di bandar oleh pasukan tentera sejak beberapa tahun lepas telah membawa kepada penghentia­n sebentar dalam keganasan, namun serangan bertaburan masih lagi berlaku.

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? POLIS dan pasukan separa tentera kelihatan sewaktu serangan ke atas konsulat China, di mana letupan dan tembakan kedengaran, di Karachi, Pakistan, semalam.
— Gambar Reuters POLIS dan pasukan separa tentera kelihatan sewaktu serangan ke atas konsulat China, di mana letupan dan tembakan kedengaran, di Karachi, Pakistan, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia