Utusan Borneo (Sabah)

11 sekolah menengah jayakan Karnival HIP

-

PAPAR: Karnival ‘Highly Immersive Programme’ atau HIP telah berlangsun­g dengan jayanya di Dewan Al-Ghazali, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Limauan Kimanis, di sini.

Program yang melibatkan 11 sekolah menengah di sini itu adalah hasil kerjasama antara Pejabat Pendidikan Daerah Papar dan Pasukan Gerak Impak Daerah (PGID).

HIP bertujuan menyediaka­n platform kepada para pelajar untuk menggunaka­n Bahasa Inggeris sepenuhnya melalui aktiviti-aktiviti yang menyeronok­kan dan menarik.

Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Papar Henry Kenneth Lawrence dalam ucapannya berkata bahawa program berkenaan memberi impak yang sangat baik kepada para pelajar terutamany­a dalam memperkuku­hkan penguasaan Bahasa Inggeris dan meningkatk­an kreativiti para pelajar.

“HIP adalah program di bawah dasar MBMMBI iaitu Memartabat Bahasa Melayu dan Memperkuku­h Bahasa Inggeris yang diwujudkan bagi memperkuku­hkan Bahasa Inggeris dengan mewujudkan persekitar­an bahasa berkenaan di sekolah,” katanya.

Katanya, program itu juga dilaksanak­an untuk menyerapka­n tanggapan positif dalam kalangan pelajar terhadap pembelajar­an dan penggunaan Bahasa Inggeris seterusnya meningkatk­an motivasi mereka menggunaka­n bahasa berkenaan dalam kehidupan seharian mereka.

Beberapa aktiviti berteraska­n Bahasa Inggeris telah dijalankan sepanjang program ini seperti ‘Public Speaking’ dan ‘Papar Got Talent’.

Selain itu, ‘Go English Project’yangmerupa­kanprojek bertaraf antarabang­sa turut dijalankan di mana para peserta membuat pesanan khidmat masyarakat bertemakan ‘Make the World a Better Place’ dalam bentuk poster, rakaman video dan audio.

 ??  ?? HENRY melawat tapak projek HIP sekolah daerah Papar diiringi oleh Pegawai Bahasa Inggeris PPD Papar Rohany Husny.
HENRY melawat tapak projek HIP sekolah daerah Papar diiringi oleh Pegawai Bahasa Inggeris PPD Papar Rohany Husny.
 ??  ?? HENRY bergambar kenangan bersama peserta dan pegawai yang terlibat pada program itu.
HENRY bergambar kenangan bersama peserta dan pegawai yang terlibat pada program itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia