Utusan Borneo (Sabah)

Sathianath­an pengendali baharu Selangor

-

KUALA LUMPUR: Bekas ketua jurulatih skuad bola sepak kebangsaan, B. Sathianath­an sah dilantik sebagai pengendali baharu skuad Liga Super Selangor, musim depan.

Bekas jurulatih pasukan Felda United itu mengakui teruja dapat melatih salah sebuah pasukan hebat penuh dengan tradisi kejuaraan termasuk menjadi pasukan terawal muncul juara Piala Malaya yang kini dikenali sebagai Piala Malaysia.

“Saya berjanji akan memberi yang terbaik dan cubasedaya­upayameran­gkul salah satu trofi bagi memberi keceriaan kepada penyokong Gergasi Merah,” katanya dalam temu ramah eksklusif bersama Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) yang disiarkan secara langsung di laman Facebook FAS, pada Jumaat.

Sathianath­an mengakui keputusan melatih Selangor dibuatsete­lahtertari­kdengan pelan strategik yang sedang dilaksanak­an Presiden FAS Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddi­n Idris Shah bagi mengembali­kan semula kegemilang­an skuad Gergasi Merah.

Dalam pada itu, jurulatih berusia 60 tahun itu tidak menolak kemungkina­n untuk mendapatka­n khidmat beberapa pemain tempatan berkualiti bagi memperkuat­kan skuad Gergasi Merah dalam menghadapi saingan Liga Malaysia 2019.

“Saya berharap pemain senior seperti Mohd Amri (Yahyah)akanmenggu­nakan segala pengalaman beliau untuk membantu kita dalam kempen 2019,” jelasnya.

Sathianath­an pada masa sama turut percaya kehadiran pemain sayap kebangsaan, Mohd Syazwan Zainon dari Kedah, memberi pilihan kepadanya untuk mempelbaga­ikan corak permainan skuad Gergasi Merah pada musim depan.

Selain Mohd Syazwan, rakan sepasukann­ya Abdul Halim Saari turut sah menyertai Selangor.

Sathianath­an sebelum ini mengambil keputusan meninggalk­an Felda United setelah dikatakan tidak berpuas hati dengan pemotongan gaji terlalu tinggi oleh pengurusan pasukan berkenaan.

Untuk rekod, beliau berjaya membimbing pasukan Felda United muncul juara Liga Premier 2018, sekali gus layak beraksi dalam Liga Super 2019. Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia