Utusan Borneo (Sabah)

PSG pastikan Neymar, Mbappe pulih bertemu Liverpool

Kedua-dua pemain bintang itu direhatkan untuk perlawanan penting menentang Liverpool dalam Liga Juara-Juara

-

PARIS: Paris Saint-Germain (PSG) kembali ke Ligue 1 untuk mempertaha­nkan rekod 100 peratus mereka dalam perlawanan menentang kelab bermasalah Toulouse pada malam ini (Sabtu) tetapi perhatian di ibu negara Perancis semua tertumpu kepada sama ada dua penyerang bintang, Neymar dan Kylian Mbappe, bersedia ataupun tidak untuk Liverpool pada Rabu ini.

Kedua-dua pemain cedera dalam perlawanan persahabat­an pada waktu rehat antarabang­sa, dan sekarang mengejar masa untuk pulih bagi perlawanan amat penting bagi kelab Paris itu dalam Liga Juara-Juara menentang pasukan The Reds di stadium Parc des Princes.

PSG pada Rabu lepas berkata kedua-dua pemain akan diletakkan di bawah pemerhatia­n selama 48 jam selepas Neymar dari Brazil cederaotot­pangkalpah­anyadan Mbappe, pemain antarabang­sa

Perancis, mengalami luka bahu dalam kemenangan negara dalam perlawanan persahabat­an masing-masing ke atas Cameroon dan Uruguay.

Juara Perancis itu sedang melarikan Ligue 1, dengan 13 mata penuh di hadapan pencabar terdekat Lille selepas 13 perlawanan, dan dengan Toulouse yang menduduki tempatke-13,jurulatih Thomas Tuchel kemungkina­n besar akan merehatkan Neymar dan Mbappe sebagai persiapan untuk kunjungan seteru mereka dalam Kumpulan C.

Jurulatih Toulouse, Alain Casanova, jujur mengenai peluang pasukannya di Paris, walaupun dua penyerang bintang PSG berpotensi tidak bermain.

Kelab ibu kota itu menjaringk­an pada purata hampir 3.5 gol dalam satu perlawanan liga dan dibolosi hanya tujuh gol sahaja dalam 13 kemenangan berturut-turut mereka.

Di antara mereka, Neymar dan Mbappe sudah menjaringk­an 21 daripada 45 gol PSG, dan penyerang Edinson Cavani menambah lapan lagi.

Namun Toulouse belum lagi menang sejak awal September dan hanya tiga mata sahaja di hadapan kelab ketiga tercorot, Dijon, dan Casanova seakanakan tidak ragu-ragu mengenai destinasi tiga mata pada hujung minggu ini dan kejuaraan liga.

“PSG akan memenangi liga dengan mudah walaupun tanpa Mbappe dan Neymar,” kata Casanova.

“Mereka sudah menewaskan Saint-Etienne 4-0 tanpa kedua-dua mereka. Kita perlu realistik: tugasan yang sangat sukar menanti kami dan saya tidak akan mengaburi mata pemain saya.”

Dengan seteru domestik tradisi, Monaco, Lyon dan Marseille, yang jauh ketinggala­n, PSG mengalih perhatian mereka ke Eropah, di mana mereka telah gagal menepati jangkaan sejak diambil alih oleh Qatari Sports Investment­s pada 2011 dan di mana cita-cita sebenar kelab itu terletak.

Mereka memulakan perlawanan menentang Liverpool pada Rabu ini di tempat ketiga dalam kumpulan paling sengit dalam Liga Juara-Juara, hanya satu mata sahaja di belakang kedua-dua pendahulu Liverpool dan Napoli dan jumlah yang sama di hadapan kelab tercorot Red Star Belgrade.

Dengan baki dua perlawanan lagi,kelayakanb­eradadihuj­ung tanduk, dengan keempatemp­at pasukan yang menyasari peringkat 16 terakhir, dan kemenangan ke atas pasukan Jurgen Klopp akan memberi kelebihan besar kepada PSG ke atas pasukan lawan pada Rabu ini sebelum hari perlawanan terakhir apabila Liverpool dan Napoli bersemuka di Anfield dan PSG berentap dengan Red Star di Serbia.

Neymar dan Mbappe mungkin juga direhatkan ekoran khabar angin tentang perbalahan di antara pemain Brazil itu dengan Cavani, selepas pemain Uruguay itu mengasari rakan seranganny­a itu dalam perlawanan persahabat­an di antara keduadua negara mereka pada minggu lepas.

Cakap-cakap mengenai ketegangan di antara keduadua pemain masih berlaku sejak Neymar tiba di Perancis, dan khabar angin itu meningkat selepas Cavani melontar bola ke arah pemain nombor 10 Brazil itu dan dipercayai menghinany­a selepas dia melakukan kekasaran tersebut.

Bagaimanap­un Cavani dan Mbappe menafikan wujud masalah di antara kedua-dua pemain itu ekoran kemenangan 1-0 Perancis ke atas Uruguay pada Selasa lepas.

“Saya menghantar video kepada Neymar tentang pertelagah­annya dengan Edinson menerusi WhatsApp dan dia hanya ketawa sahaja, jadi itu menyatakan segalanya. Ia tidak ada apa-apa,” kata Mbappe. -AFP

“PSG akan memenangi liga dengan mudah walaupun tanpa Mbappe dan Neymar.”

ALAIN CASANOVA Jurulatih Toulouse

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia