Utusan Borneo (Sabah)

Kemalangan maut, pengguna motosikal paling berisiko

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Golongan penunggang motosikal masih kekal sebagai pengguna jalan raya paling berisiko di negara ini apabila mencatatka­n lebih 60 peratus angka kematian setiap tahun.

Pembantu Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur Datuk Abdul Muis Picho berkata angka itu meliputi 44,037 kematian pengguna motosikal dalam tempoh 10 tahun (2008-Jun 2018).

“Kita minta penunggang atau pembonceng motosikal supaya lebih berhatihat­i ketika berada di atas jalan raya dan mematuhi peraturan yang sudah ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Hari Memperinga­ti Mangsa Kemalangan Jalan Raya Sedunia 2018 Peringkat Negeri, di sini pada Khamis.

Menurutnya, bilangan pengguna motokar yang termasuk ke dalam angka kematian pula 20 peratus iaitu 14,345 kematian dalam tempoh antara 2008 sehingga Jun 2018.

“Kota Kinabalu kekal sebagai daerah paling tinggi merekodkan kadar kemalangan jalan raya sebanyak 5,867 pada 2017, diikuti Sandakan (1,981) dan Penampang (1,513).

“Tawau pula sebanyak 1,349 kes, namun Keningau mencatatka­n jumlah korban tertinggi iaitu 44 kematian daripada 782 kes kemalangan yang dilaporkan tahun lepas,” katanya.

Mengulas lanjut, Muis berkata statistik juga menunjukka­n golongan berumur 16 hingga 20 tahun mencatat angka kematian paling tinggi akibat kemalangan, diikuti 21-40 tahun.

Beliau berharap semua pihak mengambil iktibar dan pengajaran terhadap risiko musibah kemalangan jalan raya dan mengelak daripada termasuk ke dalam statistik kemalangan.

 ??  ?? MUIS menyempurn­akan upacara gimik pelancaran Hari Memperinga­ti Mangsa Kemalangan Jalan Raya Sedunia 2018 Peringkat Negeri di Dataran Majlis Perbandara­n Tawau pada Khamis.
MUIS menyempurn­akan upacara gimik pelancaran Hari Memperinga­ti Mangsa Kemalangan Jalan Raya Sedunia 2018 Peringkat Negeri di Dataran Majlis Perbandara­n Tawau pada Khamis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia