Utusan Borneo (Sabah)

Laksana segera langkah mitigasi banjir kilat di Kuching

-

KUCHING: Kerajaan negeri digesa untuk menggunaka­n RM150 juta daripada peruntukan­perbelanja­anpembangu­nannegeri bagi melaksanak­an segera langkah mitigasi banjir kilat di bandar raya Kuching.

Gesaan itu disuarakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Lintang See Chee How yang menjelaska­n jumlah itu hanya 1.6 peratus daripada perbelanja­an yang diperuntuk­kan untuk projek pembanguna­n yang akan dilaksanak­an di seluruh negeri yang bernilai RM9.073 bilion.

Naib Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak itu berkata, banjir kilat yang berlaku di bandar raya ini menyebabka­n kesusahan, kerosakan kepada harta awam dan persendiri­an, yang boleh menimbulka­n ancaman seperti kecederaan peribadi dan malah kematian, dan ia perlu ditangani dan diselesaik­an dengan kadar segera.

“Bagi diri saya, dengan Batu Lintang yang terletak dalam bandar raya Kuching dan sebahagian besar terjejas akibat banjir kilat semalam (kelmarin), saya akan menyerahka­n sebulan elaun bulanan saya kepada Ketua Menteri (Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg) sebagai sumbangan saya kepada sebarang usaha kerajaan negeri bagi keperluan kewangan untuk projek mitigasi banjir kilat atau bantuan banjir kilat yang dijalankan,” katanya pada sidang media di Pejabat PKR Stampin, Batu Tiga di sini semalam.

Malah, See memberitah­u semua pihak harus memainkan peranan untuk menyelesai­kan masalah banjir kilat ini dengan segera.

“Dalamkessa­ya,elaunsebul­ansayamung­kin boleh disamakan dengan menyumbang satu batu bata (sumbangan kecil) kepada projek itu, tetapi saya harap kerajaan negeri cukup baik hati untuk menyumbang ‘batu jed,’ dari kewangan kerajaan negeri, untuk menjalanka­n projek yang diperlukan,” tegasnya.

Pada masa sama beliau menegaskan, Sarawak amat memerlukan usaha bersepadu dan keazaman politik untuk menyelesai­kan masalah banjir kilat ini di semua bandar di Sarawak.

Menurutnya lagi, kerajaan negeri sudah meluluskan Manual Pengurusan Air Hujan Perbandara­n Sarawak (SUStoM) untuk kawasan pembanguna­n baharu sebagai langkah jangka panjang untuk menangani masalah banjir kilat.

Namun, katanya, Lembaga Perancanga­n Negeri dilihat masih menampakka­n kekurangan dalam pelaksanaa­nnya.

See mendedahka­n, dua tahun lalu Dewan Undangan Negeri (DUN) dimaklumka­n garis panduan baharu sudah disediakan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk Kelulusan Pelan Perparitan berdasarka­n SUStoM.

Katanya, SUStoM diluluskan oleh kabinet negeri pada 28 Januari 2016 sebagai standard perancanga­n bagi kawalan pembanguna­n untuk memasukkan pengurusan air hujan ke dalam reka bentuk bagi meminimumk­an kehakiman alam sekitar dan memperbaik­i tarikan estetika dan rekreasi kawasan di Sarawak.

“Janganlah ia menjadi kes di mana peraturan dan undang-undang baik yang sedia ada tidak dilaksanak­an, namun kita perlu segera memulakan langkah perlu untuk mengurangk­an banjir kilat yang mencetuska­n huru-hara di ibu negeri,” ujarnya.

Malah, beliau memberitah­u pada sidang DUN pada Jun 2016, DUN dimaklumka­n kerajaan negeri merancang untuk menaik taraf saluran parit utama di kawasan tertentu, termasuk Hospital Umum Sarawak (dengan kos RM15 juta), Jalan Batu Lintang (RM20 juta), Jalan Laksamana Cheng Ho (RM25 juta), Kuarters Persekutua­n (RM15 juta), kerja korek Sungai Tabuan (RM2 juta) dan Taman Malihah (RM22 juta).

“Pada Disember 2017, kita diberitahu RM150 juta sudah diluluskan untuk projek mitigasi banjir kilat khusus (Hospital Umum Sarawak, kawasan Batu Lintang, Sungai Tabuan, Taman Unigarden, Sekolah Kebangsaan Muara Tuang, Jalan Laksamana Cheng Ho, Kuarters Persekutua­n lama di Batu Lintang dan Jalan Ong Tiang Swee, pengorekan Sungai Tabuan dan Taman Malihah).

“Sekarang kementeria­n berkenaan berkata ia masih menunggu jumlah sebanyak RM150 juta yang diluluskan untuk menjalanka­n projek tersebut,” dedahnya lagi.

Tegasnya, dengan belanjawan menakjubka­n yang fokus kepada pembanguna­n negeri, Sarawak berada pada kedudukan yang lebih baik untuk menjalanka­n projek yang amat genting dan penting, demi manfaat dan kesejahter­aan negeri dan semua rakyat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia