Utusan Borneo (Sabah)

Sidang Kemuncak Perniagaan Asean-India tingkat hubungan perniagaan lebih erat

-

KUALA LUMPUR: Sidang Kemuncak Perniagaan ASEAN-India ketiga, yang terdiri daripada tiga acara -- Persidanga­n Perniagaan ASEAN-India, Anugerah Kecemerlan­gan Perniagaan ASEAN-India dan Majlis Makan Malam Gala akan diadakan pada Selasa depan di Kuala Lumpur.

Acara itu, bertemakan ‘Ke Arah Membina Kerjasama Strategik antara ASEAN dan India dalam era Revolusi Industri Keempat dan Ekonomi Digital’, dianjurkan oleh Majlis Perniagaan ASEANIndia (AIBC) cawangan Malaysia.

“Matlamat utama Persidanga­n Perniagaan ASEAN-India ialah meningkatk­an hubungan perniagaan yang lebih erat antara dua rantau yang paling pesat berkembang, berikutan ASEAN dan India, masing-masing diunjurkan berkembang pada 5.2 peratus dan 7.3 peratus pada 2018, dan turut dijangka mengekalka­n momentum pertumbuha­n pada 2019,” menurut majlis itu dalam kenyataan di sini.

Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Darell Leiking akan menyampaik­an ucaptama pada majlis itu.

“Persidanga­n pada tahun ini akan turut termasuk sesi menteri dengan penekanan khusus kepada mengukuhka­n hubungan ekonomi antara ASEAN dan negeri-negeri timur laut India,” kata AIBC.

Menteri dari Malaysia dan ASEAN serta Ketua Menteri dari negeri-negeri timur laut India akan menjadi antara ahli panel dalam sesi menteri.

Diadakan di Dewan MITI Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, persidanga­n itu dijangka dihadiri 350 hingga 400 pemimpin korporat, ahli akademik, pegawai kerajaan dan golongan belia dari Malaysia, negara-negara ASEAN lain, India serta persatuan perniagaan asing dan wakil-wakil suruhanjay­a tinggi dan kedutaan di Malaysia.

Sementara itu, Anugerah Kecemerlan­gan Perniagaan akan diberikan kepada pelbagai kategori pemenang yang dipilih dari 10 negara ASEAN dan India.

Majlis Makan Malam Gala ASEAN-India dan penyampaia­n Anugerah Kecemerlan­gan Perniagaan ASEAN-India yang kedua akan diadakan di St Regis Hotel.

AIBC terdiri daripada pemimpin perniagaan terkemuka dari 10 negara ASEAN dan India dan ditubuhkan secara rasmi pada 2005 oleh kerajaan-kerajaan ASEAN dan India.

Majlis itu dipengerus­ikan bersama oleh Malaysia bagi ASEAN dan Persekutua­n Dewan Perniagaan dan Perindustr­ian India (FICCI) bagi India.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia