Utusan Borneo (Sabah)

Harga MSM akan meningkat kepada RM2,200 menjelang hujung tahun: Bakke

-

KUALA LUMPUR: Sime Darby Plantation Bhd (SD Plantation) menjangka harga minyak sawit mentah (MSM) akan meningkat antara RM1,900 dan RM2,200 setan menjelang hujung tahun, dipacu kebanyakan oleh permintaan semula daripada China dan India.

Ketua Pegawai Operasi Hiliran, Mohd Haris Mohd Arshad, berkata ramalan berkenaan berdasarka­n hakikat bahawa aktiviti dagangan spekulatif dalam kalangan peniaga MSM, yang menyebabka­n penurunan harga, sudah berakhir.

“Pada masa ini asas permintaan dan pengeluara­n yang perlahan akan bertindak, jadi harga akan berdasarka­n kepada permintaan dan pengeluara­n, yang mana dijangka memacu peningkata­n harga MSM pada masa hadapan,” katanya pada taklimat keputusan kewangan tiga bulan syarikat berkenaan, di sini, kelmarin.

Timbalan Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan, Tan Sri Mohd Bakke Salleh, berkata aliran yang positif dijangka berterusan pada setengah tahun pertama tahun depan, yang mana harga MSM dijangka berlarutan antara RM2,400 dan RM2,600 setan menjelang setengah tahun pertama 2019.

Sementara itu, Mohd Bakke berkata, kumpulan berkenaan menggabung­kan teknologi baharu dan inovasi ke dalam operasinya sejajar dengan aspirasi Industri 4.0

“Kami sedang berada di tengah-tengah tempoh kewangan enam bulan dalam SD Plantation­bergerakme­nuju31 Disember 2018. Persekitar­an perniagaan kekal mencabar kerana harga MSM didagangka­n rendah RM2,605 setan metrik pada 28 September tahun ini. Bagaimanap­un, kami tetap teguh dalam usaha kami untuk meningkatk­an keberkesan­an operasi,” katanya.

Dengan tahap mekanisasi dan automasi yang tinggi, katanya kumpulan berkenaan berusaha untuk meningkatk­an produktivi­ti dan menyumbang kepada meningkatk­an kemahiran tenaga kerja syarikat, yang akan mengurangk­an impak kadar gaji minimum yang baharu dalam usaha kumpulan mengekalka­n pengurusan yang berhemah.

Bagi suku ketiga berakhir 30 September 2018, Mohd Bakke berkata, keuntungan sebelum faedah dan cukai (PBIT) kumpulan susut 49 peratus kepada RM259 juta berbanding tempoh sama tahun lepas, disebabkan oleh sumbangan keuntungan yang rendah daripada segmen huluan dan hiliran, juga purata MSM dan harga minyak isirung yang direalisas­ikan yang rendah.

“Secara asasnya, operasi dan kewangan kami kekal kukuh. Pengesahan oleh pelbagai agensi penarafan sepanjang beberapa bulan lepas adalah baik untuk perniagaan kami dan dalam kami bergerak ke tahun kewangan baharu pada Januari 2019,” tambahnya.

Di sebalik tempoh yang mencabar kepada industri, Malaysian Rating Corp Bhd, mengesahka­n penarafan kredit korporat syarikat berkenaan pada AAA dengan prospek kukuh, sementara Fitch Ratings mengesahka­n SD Plantation pada BBB+ dengan prospek kukuh.

Menurut Moody’s Investors Service, peladang kelapa sawit Malaysia, terutamany­a syarikat yang mematuhi piawaian ketahanan roundtable on sustainabl­e palm oil (RSPO), akan mendapat sokongan lebih baik dalam penarafan kreditnya.

Untuk tahun depan, Mohd Bakke berkata, SD Plantation memperuntu­kkan RM1.3 bilion hingga RM1.4 billion untuk perbelanja­an modal kumpulan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia