Utusan Borneo (Sabah)

KPDNHEP tinjau perbezaan harga SST dan GST bagi 30 barangan runcit di lima pasar raya

-

KUCHING: Perbanding­an harga bagi 30 barangan runcit yang paling laris di lima pasar raya utama di Kuching di bawah Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) adalah lebih rendah berbanding harga barangan di bawah Cukai Barangan dan Perkhidmat­an (GST).

Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Chong Chieng Jen berkata pihaknya telah menyediaka­n carta jadual bagi menunjukka­n perbanding­an harga bagi 30 barangan paling laris di lima pasar raya utama di Kuching.

Pasar raya berkenaan terdiri daripada Giant (Tabuan), Servay (EG Mall), Everrise (Batu 4), Emart (Batu Kawa) dan H & L Supermarke­t (Kuching Sentral).

Tambahnya lagi, di Giant 23 barangan harga turun, lima barangan harga naik, dua barangan harga tidak berubah manakala di Servay 23 barangan harga turun, tiga barangan harga naik, empat barangan harga tidak berubah.

Sementara di Everrise didapati 24 barangan harga turun, tiga barangan harga naik, tiga barangan harga tidak berubah dan Emart pula mencatatka­n 23 barangan harga turun, empat barangan harga naik, tiga barangan harga tidak berubah.

Selain itu H & L pula didapati 22 barangan harga turun, lima barangan harga naik, tiga barangan harga tidak berubah.

Harga tersebut, katanya diambil pada 13 November lepas dan perbanding­an harga barangan berkenaan sebelum 1 Jun (ketika GST dimansuhka­n) telah dibuat.

Angka itu juga konsisten dengan statistik umum iaitu selama empat bulan selepas pemansuhan GST, Indeks Harga Pengguna (CPI) di Malaysia telah menunjukka­n angka inflasi terendah sejak 2015.

CPI pada 2018 bagi Jun, Julai, Ogos dan September masing-masing adalah 10.8 peratus, 10.9 peratus, 10.2 peratus dan 10.3 peratus berbanding 13.6 peratus (Jun), 13.2 peratus (Julai), 13.7 peratus (Ogos) dan 14.3 peratus (September) pada 2017.

Secaraloji­knya,hargaumum di bawah SST seharusnya lebih rendah berbanding harga barangan di bawah GST.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia