Utusan Borneo (Sabah)

Undang-undang cubaan bunuh diri perlu dikaji semula

-

KUALA LUMPUR: Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) menggesa kerajaan mengkaji semula undang-undang sedia ada di bawah Kanun Keseksaan agar individu yang cuba membunuh diri tidak dianggap melakukan suatu jenayah.

Naib Pengerusi Kanan MCPF Tan Sri Lee Lam Thye berkata individu yang cuba membunuh diri bukan penjenayah, sebaliknya menderitai penyakit mental seperti kemurungan.

“Kerajaan perlu menimbang secara serius untuk memansuhka­n Seksyen 309 Kanun Keseksaan (yang menganggap membunuh diri adalah suatu jenayah) kerana mereka yang cuba membunuh diri akibat sakit mental perlu diberi rawatan psikiatri dan pemulihan.

“Menyifatka­n orang yang mengalami kemurungan atau mengalami sakit mental sebagai penjenayah adalah perbuatan tidak berperi ke manusia n, tidak terfikir oleh akal dandan tidak boleh diterima,” kata Lee, yang juga anggota Majlis Penasihat Promosi Kesihatan Mental dalam kenyataan pada Ahad.

Beliau juga berkata, kerajaan dan syarikat insurans perlu memainkan peranan masing-masing dengan memastikan insurans perubatan turut meliputi kecelaruan psiakitri.

Lee turut menyaranka­n agar lebih banyak hadangan dipasang bagi mencegah individu terjun dari bangunan dan binaan itu perlu dipertimba­ng untuk dijadikan sebahagian daripada ciri baharu dalam reka bentuk sesuatu struktur.

Menurut laporan, seorang lelaki mengancam untuk terjun dari tingkat enam sebuah kompleks beli-belah di sini semalam, tetapi berjaya dipujuk supaya tidak berbuat demikian.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia