Utusan Borneo (Sabah)

Hari Eksport Sabah tingkat kesedaran perdaganga­n antarabang­sa

-

KOTA KINABALU: Hari Eksport Sabah 2018 penting bagi meningkatk­an kesedaran berkaitan perdaganga­n antarabang­sa dan mengemaski­ni maklumat syarikat khususnya di Sabah.

Dalam hubungan itu, Menteri Perdaganga­n dan Industri Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau berkata program anjuran Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (Matrade) berkaitan usaha pembanguna­n dan perkembang­an potensi eksport amat penting dihadiri oleh syarikat-syarikat tempatan bagi melahirkan syarikat dan enterprise yang sedia eksport.

“Program ini bertepatan sekali diadakan di Sabah selari dengan matlamat kerajaan yang sentiasa menyediaka­n platform kepada para usahawan dan syarikat di Sabah untuk memperoleh­i dan bertukar maklumat terutama berkaitan urusan eksport.

“Tahniah kepada Matrade kerana menganjurk­an program ini dan kita berharap inisiatif sebegini dapat diadakan dengan lebih kerap pada masa depan dengan kerjasama Kementeria­n Perdaganga­n dan Perindustr­ian (MTI), Kementeria­n dan Jabatan Kerajaan negeri Sabah serta dewan perniagaan dan persatuan perniagaan di Sabah demi memajukan eksport negara,” katanya ketika berucap merasmikan Program Hari Eksport Sabah 2018, di sini pada Sabtu.

Dalam pada itu, beliau turut menyeru kepada semua syarikat di Sabah yang belum mendaftar dengan Matrade supaya segera mendaftar bagi memanfaatk­an bukan sahaja geran malah pelbagai inisiatif dan program anjuran badan berkenaan.

“Terdapat 22,144 syarikat berdaftar dengan Matrade sebagai pengekspor­t yang aktif dan bagi negeri Sabah, hanya 401 syarikat iaitu 1.8 peratus telah berdaftar.

“Mohon MTI untuk kenalpasti serta senaraikan semua syarikat yang belum mendaftar ini dan berikan pendedahan juga kursus mengenai faedah-faedah yang akan diperolehi bila mendaftar dengan Matrade,” katanya.

Program sehari itu adalah anjuran Matrade yang berkolabor­asi strategik bersama MTI dan merupakan kali kedua diadakan di negeri ini.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Matrade Ir Dr Mohd Shahreen Zainooreen Madros dan Setiausaha Tetap MTI Datuk Madiyem Layapan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia