Utusan Borneo (Sabah)

Polis tahan empat suspek, rampas 42 paket syabu

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Polis menahan empat suspek dan merampas 42 paket plastik lutsinar disyaki berisi syabu dalam Ops Cegah Jenayah di Lorong Saddani Batu 2 Jalan Apas, di sini pada Sabtu.

Kesemua suspek ditahan pada jam 3.46 petang oleh tim Rondaan Cegah Jenayah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamata­n Komuniti IPD Tawau selepas mendapati sekumpulan lelaki berkumpul di kolong sebuah rumah tidak bernombor.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus berkata rampasan seberat 5.64 gram itu dianggarka­n bernilai RM500 mengikut harga pasaran tempatan syabu semasa.

“Tangkapan melibatkan seorang pengawal keselamata­n, 29, dan tiga penganggur, 18-26, hasil Operasi Cegah Jenayah polis di kawasan terbabit,” katanya di sini pada Ahad.

katanya soal-siasat awal mendapati keempat-empat suspek mengaku membeli dadah daripada pengedar kecilkecil­an di Kg Kurnia Jaya, Batu 4 Jalan Apas sejak awal 2018.

Menurutnya, suspek-suspek yang ditahan juga mengaku kekerapan membeli antara satu hingga dua kali seminggu bekalan dadah jenis syabu berharga RM500 untuk satu set.

“Rakaman percakapan yang dijalankan juga mendapati kali terakhir suspek-suspek terbabit mendapat bekalan syabu berharga RM500 untuk satu set pada 23 November.

“Kita akan memohon tahanan reman serta merakam soal siasat, selain mengambil gambar barang kes serta menghantar­nya ke Jabatan Kimia dan Patologi untuk analisa,” katanya.

Fadil berkata kesemua suspek juga diuji negatif dalam ujian saringan awal air kencing kesemua yang dijalankan dan tidak memiliki sebarang rekod lampau.

Siasatan kes dibuka mengikut Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan tindakan selanjutny­a diserah kepada Tim Serbuan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah.

 ??  ?? POLIS merampas 42 paket lutsinar berisi ketulan hablur jernih disyaki syabu seberat 5.64 gram.
POLIS merampas 42 paket lutsinar berisi ketulan hablur jernih disyaki syabu seberat 5.64 gram.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia