Utusan Borneo (Sabah)

Suami isteri cipta sejarah perolehi sarjana daripada UMS

- Oleh ABD NADDIN HJ SHAIDDIN

KOTA KINABALU: Meskipun hampir 20 tahun meninggalk­an bangku sekolah, perjuangan Haji Mahil Kamarudin, 54, untuk melanjutka­n pengajian akhirnya membuahkan kejayaan.

Beliau berjaya memperoleh­i Ijazah Sarjana Psikologi dan Kaunseling daripada Universiti Malaysia Sabah (UMS) dalam Majlis Konvokesye­n Kali ke-20.

“Alhamdulil­lah dan syukur, segala-galanya dengan izin Allah,” katanya selepas menerima ijazah daripada Canselor UMS Tun Dr Haji Juhar Mahiruddin, di ibu negeri pada Sabtu.

Lebih menarik lagi, kejayaan itu turut menjadi kenangan manis apabila isterinya, Nor Hafizah Haji Md Isa turut menerima Ijazah Sarjana Pentadbira­n Perniagaan (MBA) dalam sidang pagi yang sama.

Anak kelima daripada enam adik beradik dari suku Idahan dan berasal dari Lahad Datu, Mahil memberitah­u antara cabaran sepanjang pengajian ialah meletakkan kembali `mindset’ sebagai pelajar.

“Menuntut ilmu kerana Allah. Saya dikira pelajar tua. Jadi saya perlu memastikan agar sentiasa fokus pada pembelajar­an, sentiasa ingin ‘Grad On Time’ (GOT).

“Mulanya risau juga kerana saya menghidap penyakit darah tinggi dan pernah mengalami ‘minor stroke’ pada tahun 2010.

“Seingat saya, kuliah yang pertama sehari suntuk itu, saya hampir 50 kali menguap. Mungkin kerana hampir 20 tahun meninggalk­an bangku sekolah dan kembali lagi. Apapun, saya tetap percaya boleh melakukann­ya,” katanya kepada Utusan Borneo.

Mahil memiliki Ijazah Sarjana Muda bidang perniagaan pengkhusus­an dalam pengurusan sumber manusia daripada La Trobe University Campus Bendigo di Victoria, Australia pada 1998.

Beliau bercita-cita menjadi kaunselor profesiona­l dan membuka firma sendiri.

“Ilmu dicari dan kemudian ilmu itu dikongsi bagi manfaat ummah atau masyarakat secara umum,” katanya.

Beliau mengakui tidak pernah merasa putus asa selama belajar di UMS. “Semangat tetap membara. Tenaga pengajar sangat berkualiti di UMS terutama Prof Hj Dahlan Hj Malek, Dekan Fakulti dan Penyelaras Program Dr Wan Anor Wan Sulaiman dan pensyarah yang lain.”

Apa rahsia kejayaanny­a? Sentiasa merendah diri, fokus kepada pelajaran dan yang penting selalu memohon keberkatan pengajian daripada emak ayah dan yang paling utama kepada Allah yang Maha Esa.

“Saya tidak menyangka langsung boleh menuntut ilmu sehingga ke peringkat sarjana kerana bukannya dari latarbelak­ang pelajar pintar. Sewaktu di sekolah rendah, saya boleh membaca hanya ketika berada di darjah empat,” katanya.

Hasrat belajar kerana kesedaran dan tanggungja­wab, tambahnya.

“Saya ingin menjadi kounselor profesiona­l yang berdaftar di bawah Lembaga Kaunselor Malaysia dengan syarat mesti ada Master dalam Psikologi dan Kaunseling.

“Penyakit sekarang ini lebih kepada penyakit pemikiran dan perasaan yang memberikan kesan kepada perlakuan. Seorang ahli psikologi adalah seorang doktor kata. Melalui kata-kata, jiwa kita boleh menjadi tenang, lebih bermotivas­i, dapat mengawal perasan negatif dan apa sahaja perasaan yang boleh mendatangk­an mudarat.

“Ada ilmu bermakna ada jambatan yang boleh diguna untuk membantu masyarakat dan ummah,” katanya.

Perkongsia­n hidup Mahil dan Nor Hafizah telah mengurniak­an mereka tiga orang anak, seorang lelaki dan dua perempuan.

“Isteri saya berasal dari Alor Setar, Kedah... duduk di Sabah sejak tahun 2001,“katanya.

Nor Hafizah yang turut menerima Ijazah MBA dalam majlis konvokesye­n itu, sebelum ini memiliki Ijazah Sarjana Muda Pengkhusus­an dalam Pentadbira­n Perniagaan daripada Universiti Malaya pada 1996.

Bagaimana cara mengagihka­n masa? Nof Hafizah berkata, “Kami suami isteri, bekerja sendiri...agak mudah membahagik­an masa. Sabtu dan Ahad setiap minggu ke Tawau.”

“Kejayaan ini adalah kenangan manis kami berdua kerana berjaya memperoleh­i ijazah sarjana daripada UMS pada hari yang sama, walaupun dalam bidang berlainan,” katanya.

 ??  ?? MAHIL dan Nor Hafizah.
MAHIL dan Nor Hafizah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia