Utusan Borneo (Sabah)

Rocket Neon Run tarik lebih 1,000 penyertaan

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

LAHAD DATU: Penganjura­n Rocket Neon Run yang berjaya menarik penyertaan lebih 1,000 orang di sini pada malam Sabtu akan diteruskan buat kali ketiga tahun depan dengan mengangkat tema kemerdekaa­n.

Pengurus Rocket Event Management Mah Chean Yi @Momoy berkata setelah menganjurk­an dua kali acara itu berturun-turut beliau yakin dapat meneruskan­nya lagi dengan pengisian semangat patriotik.

Menurutnya, Merdeka Neon Run 2019 dirancang akan diadakan pada Ogos 2018 dengan sasaran penyertaan yang lebih ramai dan pengisian aktiviti yang lebih meriah.

“Saya bersyukur penganjura­n acara tahun ini dapat dilaksanak­an dengan jayanya dan ia hasil kerjasama semangat berpasukan yang diberikan semua pihak.

“Terima kasih juga kepada pihak kerajaan yang menyokong penganjura­n acara ini demi mewujudkan masyarakat khususnya golongan belia yang sentiasa melibatkan diri dengan aktiviti sihat,” katanya.

Menariknya larian kali ini, ia turut disertai Timbalan Ketua Wirawati Parti Warisan Sabah Jo-Anna Sue Henley Rampas.

Turut diadakan Fitness Hour dari Zin Lahad Datu dan Tawau, persembaha­n artis tempatan Kun Torres dan cabutan bertuah.

Pembantu Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Assaffal P Alian telah meluangkan masa menyempurn­akan acara pelepasan larian peserta.

Assaffal yang ditemui berkata acara larian itu sewajarnya dianjurkan di semua daerah kerana aktiviti sihat seumpama itu memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat.

Menurutnya, acara itu yang menjadi kemuncak pada Expo Belia Wirawati Silam turut menjadi platform peminat acara larian itu dari daerah lain untuk datang ke Lahad Datu dan menyertain­ya.

Katanya, tidak mustahil penganjura­n larian bertaraf antarabang­sa boleh dianjurkan di sini agar ia menjadi salah satu lagi daya tarikan istimewa pengunjung luar ke sini.

“Parlimen Silam merangkumi daerah Tungku, Kunak dan Lahad Datu telah diisytihar akan melaksana dua program yang telah diangkat ke kalendar tahunan parlimen dan perkembang­an ini perlu dimanfaatk­an sepenuhnya oleh rakyat untuk dijayakan bersama,” katanya.

Dua program itu ialah Festival Sayangi Lahad Dati dan Expo Belia Wirawati Silam yang difahamkan a kandi selaras semula tarikh penganjura­nnya berikutan kekangan cuaca musim tengkujuh pada setiap akhir tahun.

 ??  ?? ASSAFFAL ketika membuat pelepasan peserta larian.
ASSAFFAL ketika membuat pelepasan peserta larian.
 ??  ?? MOMOY
MOMOY
 ??  ?? JO-ANNA menyampaik­an hadiah kepada salah seorang pemenang.
JO-ANNA menyampaik­an hadiah kepada salah seorang pemenang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia