Utusan Borneo (Sabah)

Konvoi Jalinan Kasih Malaysia-Indonesia

39 kereta dan 155 ahli jadi duta kecil negara

- Oleh HAMZAH SANUDIN

TAWAU: Sebanyak 39 kereta melibatkan 155 ahli daripada Kelab 4x4 Persatuan Perpaduan Rumpun Bugis Malaysia (PRBM) akan menjadi duta kecil negara sepanjang perjalanan Konvoi Jalinan Kasih Malaysia-Indonesia Siri 2 ke seluruh Sulawesi Selatan bermula 26 November sehingga 16 Disember.

Pembantu Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Assaffal P Alian berkata, kementeria­nnya menyokong usaha yang akan dibuat persatuan itu dengan syarat memenuhi segala peraturan dan perundanga­n keduadua negara supaya tiada kecacatan berlaku sepanjang pergerakan konvoi.

“Saya bersetuju membawa perkara ini kepada Kementeria­n Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah jika ada bantuan dan sokongan yang boleh diberikan oleh pihak kementeria­n.

“Kelab ini disarankan untuk bertemu dengan Majlis Perbandara­n Tawau bagi melihat sekiranya ada bahan yang boleh dikongsi untuk mempromosi Tahun Cuti-Cuti Tawau 2019,” katanya.

Sementara itu, Kepala Perwakilan­RITawauSul­istijo Djati Ismojo berkata konvoi itu merupakan usaha yang sangat baik mengeratka­n hubungan antara dua negara.

“Diharapkan dengan adanya promosi yang dibuat ini, pelancong dari Sulawesi Selatan akan datang ke Tawau untuk tujuan bercuti dan melihat keindahan alam di bumi Tawau,” katanya.

Perjalanan konvoi dimulakan dengan menaiki tongkang dari Tanjung Batu ke Nunukan Indonesia, seterusnya menaiki kapal ke Pare-Pare.

Setelah itu, peserta akan ke Pangkep untuk makan tengahari bersama bupatinya seterusnya melewati daerah Makassar, Sinjai, Penrang, Toraja, Polopo, Sengkang dan Bone.

Misi kali ini lebih kepada mempromosi­kan daerah Tawausekal­igusmember­ikan sumbangan kepada mangsa gempa bumi di Palu.

Turut hadir, Ahli PArlimen Kalabakan Ma’mun Sulaiman dan Adun Balung Datuk Hj Osman Hj Jamal.

 ??  ?? ASSAFFAL menerima cenderahat­i daripada Kelab 4x4 PRBM.
ASSAFFAL menerima cenderahat­i daripada Kelab 4x4 PRBM.
 ??  ?? ASSAFFAL melepaskan Konvoi Jalinan Kasih Malaysia-Indonesia Siri 2.
ASSAFFAL melepaskan Konvoi Jalinan Kasih Malaysia-Indonesia Siri 2.
 ??  ?? ASSAFFAL dan Sulistijo melakukan gimik perasmian majlis itu.
ASSAFFAL dan Sulistijo melakukan gimik perasmian majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia