Utusan Borneo (Sabah)

Seri Ar Raudhah sekolah tunggal di Sandakan catat 100% lulus SRU

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Seri Ar Raudhah mencatatka­n satusatuny­a Sekolah Agama Rakyat (SAR) dari daerah ini yang mendapat keputusan 100 peratus lulus keseluruha­n bagi Peperiksaa­n Sijil Rendah Ugama (SRU).

Selain itu, seramai lima pelajar Tahun 6 sekolah berkenaan turut menjadi penerima Anugerah Pelajar Cemerlang (MUMTAZ) dan Sijil Penghargaa­n.

Pelajar-pelajar itu ialah Dayang Nur Qurratu’ Ain Yunus, Dayang Nuralisya Maisarah Ajadjelin, Fariqqul Asyraf Danish Anuar, Muhammad Izzat Hidayat Jamaluddin dan Siti Aishah Syuhadah Hasim dari kelas 6 Abu Ubaidah.

Perkara itu diumumkan oleh Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Sabah Datuk Seri Panglima Dr Haji Hasbullah Mohd Taha pada sidang akhbar Pengumuman Keputusan Peperiksaa­n Sijil Rendah Ugama (SRU) dan Sijil Menengah Ugama (SMU) Tahun 2018 di Dewan Sa’adah Wisma Muis, Kota Kinabalu pada Khamis.

Menurut Pengerusi Ahli Syura Seri Ar Raudhah Ahdin Singky, pencapaian itu merupakan sejarah baharu yang dicipta sekali gus menjadi kebanggaan bagi pihak sekolah.

Katanya, ia sekali gus menyuntik semangat tinggi bagi warga kerja dan pelajar Seri Ar Raudhah untuk memajukan sekolah itu ke mercu yang lebih gemilang.

Hadir sama mengiringi pelajar-pelajar cemerlang Seri Ar Raudhah dalam sidang akhbar itu ialah Mudir Seri Ar Raudhah Ustaz Bunyamin Bakri, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Ustazah Norsyakina Jamaluddin dan Ketua Bidang Agama Ustaz Mohammad Saifuddin Awang Ramlee.

 ??  ?? LIMA pelajar Tahun 6 Seri Ar Raudhah antara penerima Anugerah Pelajar Cemerlang (MUMTAZ) dan Sijil Penghargaa­n.
LIMA pelajar Tahun 6 Seri Ar Raudhah antara penerima Anugerah Pelajar Cemerlang (MUMTAZ) dan Sijil Penghargaa­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia