Utusan Borneo (Sabah)

Pemuda Amanah adakan konvensyen kali ketiga

- Oleh SALMAN ABADI

SANDAKAN: Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Sabah telah mengadakan Konvensyen Pemuda Kali Ke3 di sebuah hotel di sini.

Seramai 80 ahli pergerakan itu dari kawasan-kawasan yang berdaftar di seluruh negeri hadir bagi menjayakan konvensyen itu sejak penubuhan Pemuda Amanah Negeri Sabah pada 2015.

Ketua Pemuda Amanah NegeriSaba­hKhairuddi­nDaud berkata, tema konvensyen yang dibawa pada tahun ini ialah ‘Mengukuh Idealisme Mengisi Kemenangan’ sebagai satu panduan serta peringatan kepada pemuda untuk terus berkhidmat kepada rakyat di negeri ini.

“Pemuda Amanah Sabah perlu mengambil peluang ini untuk menonjolka­n imej Islam yang lebih ramah serta menolak pemahaman dan pemikiran yang melampau, apatah lagi dalam kehidupan masyarakat Sabah yang berbilang etnik dan agama,” katanya.

Menurutnya, pendekatan yangekstri­makanmenca­larkan imej serta menjauhkan orang ramai daripada Islam.

Menyentuh kemenangan Pakatan Harapan dan Warisan di negeri ini pada pilihan raya umum yang lalu, beliau mengingatk­an bahawa rakyat Sabah tidak hanya ingin membuat perubahan terhadap pemimpin atau parti politik, tetapi satu reformasi institusi yang menyeluruh, adil serta dinikmati oleh semua rakyat.

“Rakyat tidak hanya ingin sekadar menukar Najib Razak kepada Mahathir dan seterusnya Anwar Ibrahim, tetapi apa yang rakyat mahukan adalah sebuah reformasi institusi yang menyeluruh, adil serta tadbir urus yang cekap dan amanah,” katanya.

Beliau menambah, Pemuda Amanah perlu menggesa para pemimpin kerajaan untuk terus berusaha memenuhi janji serta manifesto yang telah dikempenka­n semasa pilihan raya umum yang lepas, selain kritikal terhadap isu-isu penyelewen­gan kuasa dan hak rakyat.

“Peranan Pemuda Amanah adalah untuk menjadi agen semak dan imbang kepada pelaksanaa­n manifesto kerajaan baharu. Apa juga dasar atau polisi yang dibawa oleh kerajaan, dikaji dan disampaika­n kepada rakyat dengan lebih berkesan.

“Sekiranya berlaku penyelewen­gan wang rakyat, tadbir urus yang korup (atau mengamalka­n rasuah), kita perlu menyatakan perkara ini kepada pemimpin kerajaan dan jangan ada sikap melindungi koruptor hanya kerana mereka pimpinan, kawan atau kerana ingin menjaga periuk nasi kita,” tegasnya.

Khairuddin berkata, Pemuda Amanah Sabah turut meraikan pengumuman Jawatankua­sa Khas Kabinet untuk mengkaji Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang diketuai sendiri oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad dan dianggotai antaranya oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

“Hal ini selaras dengan janji Pakatan Harapan (PH) untuk mengiktira­f Sabah dan Sarawak sebagai rakan kongsi pembentuka­n Malaysia,” katanya.

Konvensyen Pemuda Amanah Sabah kali ini dirasmikan oleh Naib Ketua Pemuda Amanah Nasional merangkap Pegawai Khas kepada Speaker Dewan Rakyat Wan Anwar Wan Ibrahim.

Wan Anwar juga sempat melancarka­n Kelab Anak Muda Layan Bola cawangan negeri Sabah dengan gimik penyerahan jersi kelab itu kepada Khairuddin.

Selain itu, Anugerah Aktivis Muda turut disampaika­n kepada Timbalan Ketua Pemuda Yunizam Yusof atas sumbangan bakti yang dicurahkan kepada masyarakat setempat.

Lebih mesra dengan panggilan ‘Abam Botak’, Yunizam telah melaksanak­an beberapa inisiatif membantu golongan yang memerlukan.

Antaranya ialah kereta percuma untuk menghantar pesakitkeh­ospital,menyantuni gelandanga­n dan membantu fakir miskin.

Terbaharu, Yunizam menyediaka­n khidmat kereta jenazah percuma kepada masyarakat di sekitar daerah Sandakan.

Hadir sama pada majlis itu ialah Pengerusi Parti Amanah Negara Negeri Sabah Haris Alimuddin.

 ??  ?? KHAIRUDDIN (empat kanan) bersama Haris (empat kiri) bergambar kenangan bersama para perwakilan konvensyen itu.
KHAIRUDDIN (empat kanan) bersama Haris (empat kiri) bergambar kenangan bersama para perwakilan konvensyen itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia