Utusan Borneo (Sabah)

Sakaran lakar kejayaan, kemantapan Usia

Berperanan dalam penyatuan dan perpaduan semua kaum

-

KOTAKINABA­LU: Kerajaan Negeri merakamkan penghargaa­n dan tahniah kepada Tun Sakaran Dandai yang telah berjaya melakar kejayaan dan kemantapan Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (Usia).

Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Datuk Aidi Moktar berkata, tiada siapa yang dapat nafikan peranan dan sumbangan bernilai yang telah beliau berikan kepada perkembang­an Islam melalui Usia.

“Bukan sekadar itu, malah Ayahanda Tun telah menabur jasa dan bakti yang tidak terhingga kepada penyatuan dan perpaduan semua kaum di Sabah semasa melibatkan diri dalam politik.

“Segala jasa dan sumbangan bakti Ayahanda Tun akan sentiasa dikenang dan akan terpahat dalam sejarah Negeri Sabah.

“Marilah kita contohi dan teladani segala pengalaman yang telah dicurahkan oleh Ayahanda Tun menerusi kecekalan dan ketahanan dalam ujian dan ketaatan serta istiqamahn­ya menyampaik­an ajaran Islam,” katanya.

Aidi yang hadir mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal pada Perasmian Perhimpuna­n Agung Tahunan Usia Kali Ke32 di sebuah hotel di sini pada Jumaat turut menyampaik­an Anugerah Jasamu Dikenang kepada Sakaran daripada Usia.

Dalam ucapannya, Aidi turut menyeru agar semua pihak tampil dengan pendekatan yang proaktif agar nikmat dakwah dapat dirasai oleh umat Islam terutama sekali dalam era digital yang serba canggih ini.

“Rancang dan susunlah program-program dakwah yang boleh membantu umat Islam bagi meningkatk­an taraf hidup dan sosio ekonomi mereka.

“Dengan adanya semangat yang tinggi dan juga sokongan yang kita terima daripada pelbagai lapisan masyarakat sama ada Islam atau bukan Islam, saya yakin kerajaan akan dapat melaksanak­an pelbagai program demi faedah setiap segmen masyarakat kita.

“Untuk membolehka­n kita menyampaik­an bantuan kepada badan atau organisasi Islam dan bukan Islam, perkara utama yang perlu dilakukan adalah memastikan kesinambun­gan kesatuan dan perpaduan yang kukuh,” katanya.

Tambahnya, walaupun berbeza pendapat dan pegangan agama, namun itu tidak menghalang untuk terus bersatu padu, bantu membantu dan saling menghormat­i antara satu sama lain.

Dalam majlis itu juga, Setiausaha Agung Usia merangkap Pengerusi Jawatankua­sa Pemilihan Datuk Mohd Zakaria telah mengumumka­n beberapa individu yang mengekalka­n jawatan mereka dengan menang tanpa bertanding.

Antaranya, Pengerusi Tetap Datuk Haji Ismarah Madcasar, Yang Dipertua Usia Datuk Sairin Karno, Timbalan Yang Dipertua Datuk Arsat Sedi dan Ketua Wanita Usia Datuk Azizah Mohd Dun.

Kira-kira 700 perwakilan hadir dari seluruh Sabah bagi menghadiri Perhimpuna­n Agung Tahunan itu. PENERANGAN

 ??  ?? PENYAMPAIA­N Anugerah Jasamu Dikenang kepada Sakaran.
PENYAMPAIA­N Anugerah Jasamu Dikenang kepada Sakaran.
 ??  ?? PERSEMBAHA­N nasyid daripada perwakilan yang hadir.
PERSEMBAHA­N nasyid daripada perwakilan yang hadir.
 ??  ?? SAKARAN menyampaik­an cenderahat­i kepada Aidi.
SAKARAN menyampaik­an cenderahat­i kepada Aidi.
 ??  ?? FOTO kenangan 50 perwakilan bersama Sakaran.
FOTO kenangan 50 perwakilan bersama Sakaran.
 ??  ?? AIDI ketika menyempurn­akan gimik perasmian.
AIDI ketika menyempurn­akan gimik perasmian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia