Utusan Borneo (Sabah)

Isi cuti dengan aktiviti berfaedah

Jangan biarkan anak-anak habiskan masa bermain ‘games’

-

BEAUFORT: Ibu bapa perlu memastikan cuti akhir tahun anak-anak mereka diisi dengan aktiviti yang berfaedah, kata Ahli Dewan Undangan Negeri Lumadan Matbali Haji Musah.

Beliau berkata, cuti panjang akhir tahun persekolah­an amat ditunggu-tunggu oleh para pelajar sekolah.

Katanya, ibu bapa perlu merancang aktiviti berfaedah yang sesuai diisi oleh anak-anak mereka seperti mengikuti kelas mengaji, kelas melukis, kelas muzik, komputer, perkhemaha­n pasukan beruniform, lawatan, melancong dan lain-lain.

“Jangan membiarkan anak-anak duduk di rumah dan menghabisk­an masa dengan bermain ‘games’ di telefon bimbit atau komputer semata-mata,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Anugerah Kecemerlan­gan Pelajar (MAKP) Sekolah Kebangsaan (SK) Gadong, di sini pada Sabtu.

Hadir sama, Guru Besar Maaruf Jislim, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Musal Sanini, Penolong Kanan Pentadbira­n Ust Roslan Hj Suhailin, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Mariani dan Penolong Kokurikulu­m Yusof Bauk.

Matbali berkata, ibu bapa juga perlu mengambil tahu pergaulan dan aktiviti anakanak mereka di luar rumah.

Katanya, bagi kawasan yang sering dilanda banjir pada akhir tahun, ibu bapa hendaklah memastikan anakanak tidak bermain di kawasan parit, sungai dan tasik kerana ia amat merbahaya.

“Jangan membiarkan anakanak bermain air terutama pada musim hujan dan banjir bagi mengelak tragedi yang tidak diingini berlaku,” katanya.

Mengenai MAKP, Matbali berkata ia merupakan pengiktira­fan pihak sekolah terhadap prestasi cemerlang para pelajar dalam bidang akademik dan kokurikulu­m.

Katanya, majlis itu harus menjadi pemangkin kepada para pelajar untuk terus berusaha lebih gigih lagi bagi mencapai kecemerlan­gan.

Menurutnya selain guru-guru, ibu bapa turut memainkan peranan penting dalam memastikan anak-anak cemerlang dalam akademik.

“Ibu bapa perlu bekerjasam­a dengan guruguru dalam mendidik dan membimbing anak-anak menjadi insan yang berguna kepada bangsa dan negara,” katanya.

 ??  ?? MATBALI menyampaik­an anugerah kecemerlan­gan pelajar kepada seorang penerima.
MATBALI menyampaik­an anugerah kecemerlan­gan pelajar kepada seorang penerima.
 ??  ?? MATBALI menerima cenderamat­a disampaika­n Maaruf.
MATBALI menerima cenderamat­a disampaika­n Maaruf.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia