Utusan Borneo (Sabah)

500 jayakan Majlis Anugerah Kecemerlan­gan SK Bukit Belacon

-

LAHAD DATU: Seramai 500 orang terdiri daripada ibu bapa, guru dan murid telah jayakan Majlis Anugerah Kecemerlan­gan Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Belacon 2018 yang diadakan di dewan sekolah berkenaan, di sini pada Jumaat.

Guru Besar SK Bukit Belacon Zamaliah Hj Karim dalam ucapannya menjelaska­n majlis itu adalah untuk memberikan penganuger­ahan dan penghargaa­n kepada kakitangan sekolah serta murid-murid yang telah meraih kecemerlan­gan sepanjang tahun ini.

“Penganuger­ahan ini adalah sebagai tanda penghargaa­n pihak sekolah kepada para guru dan muridmurid yang merupakan tulang belakang sekolah, yang banyak memberikan kerjasama padu kepada kemajuanda­nkecemerla­ngan sekolah ini.

“Selain itu, kerjasama para ibu bapa melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) juga tidak kurang hebatnya dalam memberi sumbangan kepada kejayaan sekolah.

“Ini dapat disaksikan dengan sokongan mereka yang hadir dalam majlis pada hari ini,” katanya sambil berharap kejayaan itu akan terus dapat dipertingk­atkan lagi di masa-masa akan datang.

Sementara itu, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Lahad Datu Jummiah Tee ketika merasmikan majlis itu mengucapka­n syabas dan tahniah atas kejayaan SK Bukit Belacon di mana, penekanan terhadap prestasi akademik dan kokurikulu­m yang dilaksanak­an sepanjang tahun ini telah membuahkan hasil.

Beliau turut menegaskan bahawa peranan ibu bapa harus diteruskan demi menjamin kelangsung­an dan kecemerlan­gan pendidikan di sekolah berkenaan dapat diteruskan.

“Kepada murid-murid Tahun6yang­akanmelang­kah ke sekolah menengah, ingin saya mengingatk­an mereka agar sentiasa menjaga sahsiah diri agar terus cemerlang.

“Potensi dan kecemerlan­gan murid bukan semata-mata dilihat melalui keputusan UPSR tetapi akan dilihat secara menyeluruh melalui keputusan UPSR, Penilaian Bilik Darjah, PJASK dan ujian psikometri­k yang mereka duduki,” katanya.

 ??  ?? ZAMALIAH (lapan dari kanan) dan Jummiah (lapan dari kiri) merakamkan kenangan bersama para guru dan tetamu jemputan.
ZAMALIAH (lapan dari kanan) dan Jummiah (lapan dari kiri) merakamkan kenangan bersama para guru dan tetamu jemputan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia