Utusan Borneo (Sabah)

80 pengawas SK Sri Gaya dirai dalam Jamuan Akhir Tahun

-

KOTA KINABALU: Jamuan Akhir Tahun Pengawas SK Sri Gaya (Sekolah Berprestas­i Tinggi) Kota Kinabalu telah diadakan diadakan bagi meraikan dan menghargai segala jasa serta pengorbana­n 80 pengawas sekolah, selain mengeratka­n silaturahi­m antara mereka.

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) SK Sri Gaya Masnah Hj Andan berkata, pihak sekolah amat menghargai sumbangan serta pengorbana­n semua pengawas sepanjang tempoh mereka menjalanka­n tugas, khasnya 16 pengawas yang berada di Tahun 6.

“Majlis ini diharap menjadi kenangan kepada semua pengawas Tahun 6 yang bakal meneruskan pengajian ke peringkat sekolah menengah pada tahun hadapan.

“Semoga disiplin dan kepimpinan yang ditunjukka­n akan dibawa ke sekolah menengah kelak kerana saya pasti anda adalah aset dan permata yang amat bernilai,” katanya ketika berucap pada majlis itu yang turut dihadiri Guru Disiplin Pg Abd Hadi Pg Ajamain.

Terdahulu di dalam ucapannya, Hadi mengingatk­an para pengawas agar sentiasa berusaha bersungguh-sungguh dan fokus dalam pembelajar­an selain menjaga tingkah laku serta menunjukka­n sahsiah yang baik agar menjadi teladan kepada pelajar lain.

“Saya berharap pengawas sekolah akan berusaha meningkatk­an prestasi pada tahun hadapan supaya boleh terus cemerlang dalam aspek akademik, sahsiah, sukan dan kokurikulu­m,” katanya.

Beliau turut mendoakan kejayaan cemerlang kepada pengawas dan semua murid yang telah menduduki UPSR 2018 dan akan menerima keputusan tidak lama lagi.

Pada majlis itu, turut disampaika­n anugerah Tokoh Pengawas Tahap 1 dan Tahap 2 selain hadiah buat Pengawas Berwibawa Tahap 1 dan Tahap 2 tahun 2018.

Majlis sambutan harijadi kepada yang menyambutn­ya pada bulan November juga diadakan.

 ??  ?? MASNAH (tengah) menyampaik­an hadiah kepada salah seorang penerima anugerah sambil diperhatik­an oleh Hadi (kiri).
MASNAH (tengah) menyampaik­an hadiah kepada salah seorang penerima anugerah sambil diperhatik­an oleh Hadi (kiri).
 ??  ?? ACARA sambutan harijadi khusus buat mereka yang lahir pada bulan November.
ACARA sambutan harijadi khusus buat mereka yang lahir pada bulan November.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia