Utusan Borneo (Sabah)

SJK, sekolah mubaligh terus terima bantuan kerajaan

- Oleh HENRY BATING

KOTA MARUDU: Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) dan sekolah mubaligh di negeri ini terus memperoleh dukungan kewangan daripada kerajaan bagi melaksanak­an fungsi mencelikka­n minda generasi.

Penolong Pengarah SJKC Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pendidikan Sabah Tham Yun Fook berkata penambahan peruntukan di bawah kerajaan baharu amat menggembir­akan pihak pengurusan sekolah.

“Kerajaan Persekutua­n dan Negeri sama-sama memberikan keprihatin­an kepada dua kategori sekolah berkenaan di mana berlaku pertambaha­n peruntukan dari RM12 juta tahun ini kepada RM15 juta untuk tahun hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Mini Konvokesye­n dan Hari Anugerah Kecemerlan­gan SJKC Khoi Ming di sini pada Isnin, bertempat di dewan sekolah yang baru siap hasil sumbangan masyarakat Cina, alumni dan lembaga sekolah.

Dewan yang dibina hampir 100 tahun lalu itu kini berubah struktur dari binaan papan kepada konkrit dengan menempatka­n gelanggang bola keranjang dan mampu memuatkan seribu hadirin.

Menurut Tham, meskipun sekolah itu ditadbir urus oleh masyarakat Cina namun 70 peratus muridnya adalah bumiputera dengan mengekalka­n bahasa Cina sebagai pengantar di samping bahasa kebangsaan.

Beberapa pengasas dan mantan pengerusi lembaga sekolah turut hadir untuk diraikan yang terdiri daripada Liew Tet Fah, Joseph Voon dan Dr Ong Ee.

Sementara PIBG pula sentiasa proaktif menjalin permuafaka­tan dalam kalangan ibu bapa berbilang kaum dan lembaga sekolah.

Pada majlis itu, pihak kedutaan China, alumni dan lembaga sekolah menyalurka­n sumbangan untuk penghargaa­n kepada para murid yang mencapai kecemerlan­gan dalam bidang akademik dan kokurikulu­m.

Seramai 27 murid yang menduduki UPSR tahun lalu menerima penghargaa­n termasuk Moses Dyan Morris yang mencapai 6A 2B, Austin Rodfery E Hiew 4A serta Afdhaluddi­n, Kelly Wong Yuk Feng, Lulu Chua Yu Chin dan Mohd Adnan Edris yang masing-masing memperoleh 3A.

 ??  ?? THAM menyampaik­an anugerah kepada seorang pelajar cemerlang.
THAM menyampaik­an anugerah kepada seorang pelajar cemerlang.
 ??  ?? KENANGAN 82 murid bersama Tham dan tetamu kehormat yang diraikan.
KENANGAN 82 murid bersama Tham dan tetamu kehormat yang diraikan.
 ??  ?? THAM mengabadi kenangan bersama Joseph.
THAM mengabadi kenangan bersama Joseph.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia