Utusan Borneo (Sabah)

Utusan Borneo raih tiga hadiah utama

Sempena majlis Anugerah Kewartawan­an Shell Kinabalu 2018

-

UTUSAN Borneo berjaya meraih tiga hadiah utama menerusi tiga kategori Bahasa Melayu Anugerah Kewartawan­an Shell Kinabalu 2018 yang diadakan di sebuah hotel di ibu negeri, malam Sabtu.

Wartawan Utusan Borneo Saddam Edris berjaya memenangi kategori Berita Perniagaan dan Ekonomi sementara Hassim Othman @Osman memenangi kategori Sukan dan Yusop Teppo kategori Alam Sekitar.

Yusop turut meraih dua merit iaitu Anugerah Kewartawan­an Bahasa Malaysia (Rencana) dan kategori Sukan.

Selain itu, wartawan Amir Anuar memenangi merit bagi Anugerah Kewartawan­an Bahasa Malaysia (Rencana), Perniagaan dan Ekonomi serta Foto Terbaik, manakala Siti Aisyah Narudin menang merit kategori Perniagaan dan Ekonomi.

Sementara itu, The Borneo Post berjaya meraih satu hadiah utama dengan Mariah Airiens Doksil berjaya memenangi kategori Alam Sekitar disusuli merit oleh Neil Brian Joseph bagi kategori yang sama.

Secara berkumpula­n pula, barisan wartawan The Borneo Post yang dianggotai Elton Aaron Gomes, Jenne Lajiun, Chok Sim Yee, Nur Afiqah Rosland dan Neil Brian Joseph memenangi merit bagi Kategori Laporan Berita Bahasa Inggeris (Berkumpula­n).

Lester Joseph Bingkasan, Rebecca Chong dan Arfandi Jaafar turut meraih merit bagi kategori Sukan, manakala Nur Afiqah Rosland dan Neil Brian Joseph sekali lagi memenangi merit kategori Perniagaan dan Ekonomi.

See Hua Daily News turut unggul dengan memenangi Anugerah Berita Alam Sekitar (Bahasa Cina) oleh Chung Yeh Nie dan jurugambar Tseu Kui Jin @Tseu Kui Yin bagi Foto Laporan Berita Terbaik.

Chung juga meraih merit bagi kategori Hiburan, Anugerah Kewartawan­an (Rencana) dan Sukan, sementara Tseu sekali lagi menangi merit Foto Terbaik, Ng Sin Yee kategori Sukan dan Yong Ted Phen kategori Perniagaan dan Ekonomi.

Secara berkumpula­n pula, Yong Ted Phen, Sim Kain Yun, Soo Wan Min, Teo Hock Soon, David Shia, Ng Sin Yee, Leong Yan Kin, Tee Kok Wai dan James Tseu meraih merit kategori Anugerah Laporan berita berbahasa Cina.

Hadiah utama disampaika­n oleh Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. Turut hadir ialah Pengerusi Shell Malaysia Datuk Iain Lo dan Presiden Persatuan Wartawan Sabah (SJA) Muguntan Vanar.

 ??  ?? (Gambar kiri) BARISAN Kumpulan See Hua yang berjaya merangkul pelbagai anugerah pada Anugerah Kewartawan­an Shell Kinabalu 2018.
(Gambar kiri) BARISAN Kumpulan See Hua yang berjaya merangkul pelbagai anugerah pada Anugerah Kewartawan­an Shell Kinabalu 2018.
 ??  ?? SHAFIE (tengah) meninjau pameran yang diadakan sempena Majlis Anugerah Kewartawan­an Shell Kinabalu 2018. Turut kelihatan Iain (kanan) dan Muguntan (kiri).
SHAFIE (tengah) meninjau pameran yang diadakan sempena Majlis Anugerah Kewartawan­an Shell Kinabalu 2018. Turut kelihatan Iain (kanan) dan Muguntan (kiri).
 ??  ?? KETUA Pengarang Utusan Borneo Lichong Angkui (kanan) merakam gambar kenangan bersama wartawan Utusan Borneo yang berjaya memenangi anugerah.
KETUA Pengarang Utusan Borneo Lichong Angkui (kanan) merakam gambar kenangan bersama wartawan Utusan Borneo yang berjaya memenangi anugerah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia