Utusan Borneo (Sabah)

Baru sedia terus ketuai PKR negeri jika diberi mandat

-

KUCHING: Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak Baru Bian bersedia untuk terus menjadi ketua PKR negeri ini jika diberi mandat oleh ahli.

Baru yang juga Menteri Kerja Raya berkata, beliau komited untuk menjadi wakil dan suara rakyat Sarawak terutamany­a di kabinet kerajaan baharu, Pakatan Harapan (PH).

“Saya ingin menyatakan bahawa saya bersedia menjadi ketua kita di Sarawak sekiranya anda (ahli) masih mahu saya menjadi ketua.

“Ia terpulang kepada anda sebagai ahli dan ketua cabang, saya bersedia untuk menjadi ketua jika anda memberi saya mandat,” ujarnya berucap di hadapan lebih 300 penyokongn­ya serta ahli PKR yang menyambut ketibaan beliau dari Miri di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuching (LTAK) di sini, pada Sabtu.

Baru berkatam beliau berterima kasih kepada penyokong serta ahli PKR negeri atas sokongan mereka terhadapny­a sejak 10 tahun menjadi pengerusi negeri.

Mengulas lanjut, beliau memberi jaminan bahawa akan terus mempertaha­nkan hak Sarawak dalam segala aspek di kabinet.

Katanya, sebagai satusatuny­a wakil PKR Sarawak dalam kabinet persekutua­n beliau akan melakukan yang terbaik.

“Kita kini adalah kerajaan baharu iaitu PH dan atas perkara itu, anda juga mengetahui bahawa saya satu-satunya suara mewakili kita (dalam kabinet).

“Saya memberi jaminan bahawa sebagai rakyat Sarawak, saya akan membawa suara Sarawak dan hak Sarawak untuk diperjuang­kan,” tegasnya.

Malah, usaha itu telah diperjuang­kan PKR di bawah kepimpinan­nya sebelum kerajaan PH dibentuk, ujar Ahli Dewan Undangan (Adun) Ba’ Kelalan itu.

“Kita belum selesai tetapi baharu bermula dan minta anda bersabar dengan kerajaan baharu kerana kita akan melakukan terbaik untuk melaksanak­an janji serta dasar manifesto yang telah dipersetuj­ui,” kata Baru.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia