Utusan Borneo (Sabah)

Wanita maut, suami parah dalam kemalangan dua kereta

-

KUCHING: Seorang wanita terbunuh, manakala suaminya parah selepas kereta yang dinaiki mereka dirempuh sebuah kereta lain di Jalan Batu Kawa-Bau dekat sini, pada Sabtu.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (JSPT) Sarawak Superinten­den Alexson Naga Chabu berkata, mangsa Muring Tambat, 47, semasa kejadian bersama suaminya dipercayai dalam perjalanan dari arah pusat bandar menuju ke Bau sekitar jam 9 pagi.

Menurutnya, setibanya di lokasi kejadian, kereta dipandu suami mangsa yang berasal dari Kampung Sungai Pinang, Bau dirempuh sebuah kereta yang datang dari arah bertentang­an.

“Siasatan awal mendapati kereta yang dipandu suami mangsa telah berlanggar dengan sebuah kereta lain yang dipercayai memasuki laluan pasangan terbabit kerana cuba memotong kenderaan lain.

“Akibat kemalangan itu, suami mangsa mengalami kecederaan parah di kepala, manakala isterinya meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu.

Manakala, pemandu serta dua penumpang kereta kedua dilaporkan mengalami kecederaan ringan.

Mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Bau untuk bedah siasat.

“Suami mangsa yang cedera parah, namun dalam keadaan sedar dan tersepit di bahagian pemandu telah berjaya dikeluarka­n dengan bantuan anggora dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bau sebelum dikejarkan ke Hospital Bau untuk rawatan lanjut,” katanya.

Siasatan lanjut berhubung kejadian masih dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987.

“Kenderaan yang terlibat kemalangan juga telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan untuk tujuan pemeriksaa­n,” jelas Alexson.

 ??  ?? KEADAAN kedua-dua kereta selepas kemalangan tersebut.
KEADAAN kedua-dua kereta selepas kemalangan tersebut.
 ??  ?? MANGSA disahkan meninggal dunia selepas diperiksa anggota paramedik.
MANGSA disahkan meninggal dunia selepas diperiksa anggota paramedik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia