Utusan Borneo (Sabah)

Pelbagai agensi sertai simulasi ancaman bom di Lapangan Terbang Limbang

-

LIMBANG: Anggota polis bergegas ke lokasi sebaik mendapat laporan mengenai panggilan yang diterima Jabatan Penerbanga­n Awam (DCA) Limbang berhubung satu bungkusan hitam berisi bom yang diletakkan di tandas Lapangan Terbang Limbang.

Sepasukan anggota polis diketuai Ketua Bahagian Ketenteram­an Awam Daerah Limbang ASP Khairul Ridzuan Ahmad bersama anggotanya dari Unit Pemusnah Bom membuat pemeriksaa­n menggunaka­n pakaian khas di kawasan tandas bagi memastikan bom berkenaan adalah tulen.

Ketua Polis Daerah Limbang Superinten­den Mohd Bukhori Saffai berkata, panggilan telefon dibuat seorang lelaki tidak dikenali yang marah kerana tidak berpuas hati barangbara­ngnya telah dirampas beberapa hari lepas sebelum meletakkan bom di dalam bungkusan hitam di tandas kawasan terminal itu.

Kejadian kira-kira jam 2.30 petang pagi itu menyebabka­n tapak parkir berkenaan menjadi huruhara.

Kakitangan DCA turut diarah mengosongk­an premis bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Mohd Bukhori berkata, Unit Pemusnah Bom dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Limbang terlebih dahulu berjaya memusnahka­n bom di kawasan tandas.

Bagaimanap­un, insiden berkenaan sekadar sebahagian daripada simulasi menghadapi bencana seperti ancaman bom melibatkan polis, DCA, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Perkhidmat­an Bomba dan Menyelamat Lapangan Terbang (AFRS), serta kumpulan perubatan dari hospital termasuk wakil operator penerbanga­n.

Mohd Bukhori berkata, senario latihan ini julung kali diadakan dan kali ini ia bertujuan memberi pendedahan kepada anggota keselamata­n dan penyelamat terhadap prosedur tepat apabila berlaku perkara sedemikian.

“Simulasi ini juga bertujuan menilai tahap kesediaan menghadapi bencana di peringkat daerah dengan penglibata­n pelbagai agensi kerajaan. Ia juga bertujuan meningkatk­an pengetahua­n dan kemahiran semua pihak terlibat.

“Malah, aktiviti ini juga dilihat merupakan antara medium terbaik untuk meningkatk­an kerjasama antara agensi yang akan bekerjasam­a sekiranya berlaku bencana di kawasan ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia