Utusan Borneo (Sabah)

Guru wanita ditipu ‘Macau Scam’ rugi RM20,000

Mangsa terima panggilan daripada individu kononnya peguam dari Mahkamah Pulau Pinang

-

SIBU: Walaupun tidak masuk akal bahawa seorang guru mempunyai sebuah syarikat dan dituduh mempunyai tunggakan GST sebanyak RM98,000, namun masih juga guru terbabit diperdayak­an oleh penipu ‘Macau Scam.’

Terdahulu, wanita berumur 49 tahun itu menerima panggilan

Ketua JSJK Sarawak

daripada seorang individu yang memperkena­lkan dirinya sebagai peguam dari Mahkamah Pulau Pinang pada Khamis lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Sarawak Superinten­den Mustafa Kamal Gani berkata, talian itu kemudian disambung kepada seorang polis berpangkat sarjan, namun mangsa menafikan pernah memilik syarikat seperti yang didakwa.

“Selepas itu, suspek meminta nombor kad pengenalan mangsa untuk membuat semakan. Apabila semakan dibuat suspek itu memberitah­u nama mangsa telah disenaraik­an sebagai salah seorang daripada 200 orang yang disyaki terlibat dengan kes penjualan dadah dan juga kes judi,” katanya.

Mustafa menambah, suspek memberitah­u mangsa bahawa dia perlu meminta pegawai atasannya untuk membuat semakan lebih lanjut, tetapi mangsa perlu membayar RM20,000 sebagai bayaran semakan kes jenayah tersebut.

“Pada hari sama, mangsa telah memberikan nombor akaun dan nombor kata laluan kad bank mangsa kepada suspek kerana mangsa tidak dapat keluar untuk membuat pembayaran wang kepada suspek,” jelas beliau.

Menurutnya lagi, apabila mangsa membuat pemeriksaa­n akaun, dia mendapati wang di dalam akaun miliknya berkuranga­n sebanyak RM20,000 dan percaya bahawa ia telah dipindahka­n ke akaun lain.

Mangsa juga ada menerima beberapa mesej daripada suspek yang memaklumka­n terdapat waran tangkap terhadap mangsa daripada Mahkamah Pulau Pinang dan dari Jabatan Audit Putrajaya.

Bimbang perkara itu menggugat keselamata­nnya, mangsa bertindak membuat laporan polis.

“Apabila diteliti dokumen (mesej) tersebut mangsa dipercayai telah ditipu oleh sindiket penipuan dalam talian,” tambah Mustafa.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

“Apabila diteliti dokumen (mesej) tersebut mangsa dipercayai telah ditipu oleh sindiket penipuan dalam talian. SUPERINTEN­DEN MUSTAFA KAMAL GANI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia