Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan akan tempatkan pegawai integriti bertauliah di setiap kementeria­n

-

KUCHING: Kerajaan negeri akan menempatka­n pegawai integriti bertauliah di setiap kementeria­n di Sarawak dalam usaha memastikan tadbir urus yang bersih, telus serta bebas rasuah.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, langkah itu diambil selepas Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersetuju dengan kerajaan negeri untuk melatih pegawai integriti bertauliah.

Beliau memberitah­u, keputusan itu dibuat hasil daripada mesyuarat yang diadakan bersama SPRM pada Khamis lalu.

“Semalam (kelmarin), SPRM telah bersetuju dengan kerajaan negeri bahawa kita akan melatih pegawai intergriti bertauliah untuk ditempatka­n di semua kementeria­n.

“Ini untuk memastikan komuniti perniagaan bersaing secara sihat untuk mendapatka­n pekerjaan mereka, tidak ada lobi-lobi saya termasuk menteri, ia tender terbuka,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Tahunan Ke-67 Dewan Perdaganga­n dan Perindustr­ian Sarawak (SCCI) dan Penyampaia­n Anugerah Usahawan Terbaik Negeri Sarawak (EOYS) 2018 di Hotel Imperial di sini malam Sabtu.

Mesyuarat bersama SPRM itu dibuat selepas Abang Johari pada persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) lalu memaklumka­n bahawa beliau akan menjemput wakil dari Pejabat Audit Negara dan SPRM untuk menghadiri mesyuarat serta proses penganuger­ahan tender negeri ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia