Utusan Borneo (Sabah)

Isu ratifikasi ICERD tidak wujud di Sarawak: Khalid

-

KUCHING: Isu berkaitan ratifikasi Konvensyen Antarabang­sa Mengenai Penghapusa­n Segala Bentuk Diskrimina­si Kaum (ICERD) tidak wujud di Sarawak.

Kagum dengan keadaan ini, Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (AMANAH) Khalid Samad berkata, rakyat di negeri ini tidak bersikap ekstrem seperti di Semenanjun­g Malaysia.

“Isu ICERD ini tidak timbul di Sarawak kemungkina­n kerana UMNO tidak ada di negeri ini.

“Tidak seperti di Semenanjun­g Malaysia, oleh kerana UMNO ada, maka UMNO sampai ke tahap mempengaru­hi PAS untuk mengikut rentak politik perkauman yang dibawa oleh mereka.

“Saya kagum dengan keadaan di Sarawak ini yang tidak bersikap ekstremis seperti di Semenanjun­g Malaysia,” katanya ketika berucap pada Majlis Santai dan Sesi Dialog Bersama Media ibu pejabat baharu AMANAH Sarawak di Matang di sini pada Jumaat.

Tambah Khalid yang juga Menteri Wilayah, tidak tahu sejauh mana mereka memahami ICERD, justeru ia dilihat sebagai tindakan bertujuan menghancur­kan negara dan Institusi Raja-Raja dan juga Melayu.

“Ini semua adalah pembohonga­n yang dilakukan semata-mata untuk mewujudkan suasana yang tidak stabil dengan harapan mereka dapat menyelamat­kan pemimpin UMNO mereka yang sedang diheret ke mahkamah satu persatu.

“Sayacukuph­airanbagai­mana PAS sanggup membiarkan diri mereka diperalatk­an sedangkan sebelum ini mereka tidak menerima perjuangan UMNO,” katanya.

Pada majlis ringkas tersebut, Khalid berkata AMANAH Sarawak kemungkina­n perlu mencari lokasi pejabat baharu yang lebih luas tahun depan.

Ibu pejabat sedia ada katanya, agak sempit dan tidak mampu untuk memuatkan keahlian yang ramai bagi tujuan mesyuarat dan konvensyen parti.

Turut hadir Pengerusi AMANAH Sarawak Mohammad Fidzuan Zaidi.

 ??  ?? KHALID (tengah) bercakap pada media di Ibu Pejabat AMANAH Sarawak di Matang. Turut kelihatan Fidzuan (kiri).
KHALID (tengah) bercakap pada media di Ibu Pejabat AMANAH Sarawak di Matang. Turut kelihatan Fidzuan (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia