Utusan Borneo (Sabah)

GPS ikrar tidak akan ‘serah’ Sarawak kepada parti luar, kata Wan Junaidi

-

KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) berikrar tidak sesekali akan ‘menyerahka­n’ Sarawak untuk dipimpin oleh mana-mana parti politik termasuk Pakatan Harapan (PH) melainkan parti asal negeri ini.

Pemimpin veteran Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, rakyat sepakat mahukan parti-parti tempatan sendiri memerintah Sarawak kerana menyedari mereka lebih arif tentang kehendak negeri ini.

Beliau berkata, tiada keperluan untuk membawa parti dari Semenanjun­g ke Sarawak terutama dalam memperjuan­gkan hakhak Sarawak yang terhakis sebelum ini.

“Sarawak gembira apabila Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) meluluskan pendaftara­n GPS.

“Kelulusan ini memberi peluang untuk kita mempromosi­kan GPS dan tidak lagi terkongkon­g dengan cerita-cerita lama ketika bersama Barisan Nasional (BN),” kata Wan Junaidi yang juga Ahli Parlimen Santubong.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas majlis penyampaia­n cek geran projek kecil luar bandar (MRP) di Pusat Khidmat Parlimen Santubong di sini, pada Jumaat.

Susulan kelulusan itu, Wan Junaidi menambah, GPS akan mengadakan jerayawara bagi menerangka­n matlamat perjuangan parti itu kepada seluruh rakyat Sarawak.

“Kita sudah membuat persediaan untuk mengadakan jerayawara ini beberapa bulan lalu sementara menunggu kelulusan Jabatan Pertubuhan Pendaftara­n (ROS),” katanya sambil menambah, logo dan bendera GPS akan dihebahkan kepada umum dalam masa terdekat.

GPS terdiri daripada empat parti iaitu PBB, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP).

GPS ditubuhkan selepas empat parti tersebut mengambil keputusan keluar dari BN susulan kekalahan BN pada Pilihan Raya Umum Ke-14.

Pada majlis itu, Wan Junaidi menyerahka­n cek geran MRP berjumlah RM114,300 kepada 40 pertubuhan bagi kawasan Parlimen Santubong untuk membantu usaha mereka menjalanka­n aktiviti di kawasan masing-masing.

 ??  ?? WAN Junadi merakamkan kenangan bersama penerima pada majlis penyampaia­n cek geran MRP bagi kawasan Parlimen Santubong di Kuching.
WAN Junadi merakamkan kenangan bersama penerima pada majlis penyampaia­n cek geran MRP bagi kawasan Parlimen Santubong di Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia