Utusan Borneo (Sabah)

MR D.I.Y menang anugerah antarabang­sa yang pertama

270 jenama dari 33 negara dipilih sebagai ‘Jenama Terbaik’ di London

-

KUALA LUMPUR: “Kami tidak pernah mengimpika­n memenangi sebarang anugerah sehinggala­h hari kami diumum sebagai pemenang peringkat kebangsaan Kategori Peruncit-Penambahba­ikan Rumah pada majlis berprestij Anugerah Penjenamaa­n Dunia, kata Ketua Pemasaran MR D.I.Y Trading Sdn Bhd (MR D.I.Y) Andy Chin.

Beliau berkata pengiktira­fan itu bukan sahaja meningkatk­an jaminan syarikat untuk terus menyediaka­n produk yang berbaloi bagi wang tetapi juga membawakan reputasi MR D.I.Y ke tahap yang lebih tinggi dan mewujudkan keyakinan terhadap jenama itu di seluruh dunia.

“(Saya) bersaing dengan jenama terkenal lain dan tanpa dijangka dinamakan sebagai salah seorang pemenang. Sukar dipercayai, rasanya seperti anda menang anugerah Oscar tetapi dalam kategori runcit...dan ini adalah anugerah antarabang­sa pertama kami.

“Dan kejayaan ini adalah penghargaa­n kepada pengurusan dan pekerja barisan hadapan MR D.I.Y atas dedikasi, sumbangan dan usaha berterusan mereka dalam membentuk kejayaan kami pada hari ini,” katanya kepada Bernama.

MR D.I.Y yang ditubuhkan pada 2005, bermula daripada hanya sebuah kedai kecil perkakasan pengguna di Jalan Tunku Abdul Rahman sebelum berkembang dengan pantas menjadi peruncit perkakasan rumah terbesar di Malaysia pada hari ini.

Setakat ini, MR D.I.Y memiliki sembilan bahagian di setiap kedainya iaitu perkakasan; isi rumah; elektrik; aksesori kereta; alat tulis; mainan; hadiah; sukan dan barangan kemas dan kosmetik.

Ia menawarkan pelbagai pilihan lebih daripada 20,000 unit penyimpana­n stok (SKU) pada harga antara yang terendah dalam pasaran.

Anugerah Penjenamaa­n Dunia itu merupakan anugerah berprestij yang mengiktira­f pencapaian beberapa jenama terbaik di dunia.

Sejumlah 270 jenama dari 33 negara dipilih sebagai ‘Jenama Terbaik’ dalam satu majlis yang diadakan di State Apartments of Kensington Palace di London.

Para pemenang dinilai berdasarka­n penilaian jenama, penyelidik­an pasaran dan undian umum dalam talian.

Chin berkata beliau berterima kasih kepada pelanggan tempatan dan serantau yang sentiasa meletakkan keyakinan mereka terhadap jenama dan produk syarikat itu.

“Kami tidak akan jadi seperti sekarang tanpa keyakinan pelanggan terhadap jenama dan produk kami.

“Kami berusaha untuk memberikan keutamaan kepada pelanggan dengan menjalanka­n perniagaan yang inovatif dan fleksibel yang menawarkan pelbagai jenis produk berkualiti tinggi dan berharga rendah, oleh itu, kami akan sentiasa berpegang kepada moto syarikat ‘ALWAYS LOW PRICE’,” katanya.

Chin juga berkata walaupun MR D.I.Y berdepan cabaran terutamany­a daripada kos tinggi produk diimport daripada pembekal luar negara disebabkan penurunan nilai ringgit, syarikat itu sentiasa berjaya menawarkan produk berkualiti yang baik.

Syarikat itu menyediaka­n khidmat kepada lebih 128 juta pelanggan, setahun, di semua kedainya di seluruh Malaysia.

Sementara itu, pengembang­an rangkaian peringkat ASEAN syarikat itu bermula pada 2014 dan ketika ini ia memiliki 120 cawangan di Thailand, Indonesia (40), Brunei (4), Singapura (1) dan Filipina (1).

“Menjelang 2020, kami menjangka mempunyai sekurang-kurangnya 500 cawangan di negara ini, manakala prospek pengembang­an di peringkat ASEAN akan ditumpukan di Indonesia, Thailand dan Filipina,” katanya sambil menambah sasaran itu sudah pastinya dipacu oleh permintaan pasaran dan kuasa beli pengguna di pasaran sedang pesat membangun ASEAN. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia