Utusan Borneo (Sabah)

Babydash, portal produk bayi menyeluruh bagi para ibu

-

KUALA LUMPUR: Lonjakan inovasi Malaysia dan peralihan kepada ruang runcit dalam talian telah melahirkan seorang usahawan yang bukan sahaja mencatatka­n kejayaan tetapi juga memberi inspirasi kepada yang lain dalam perniagaan yang tidak pernah difikirkan­nya sebelum ini boleh berjaya.

Ketabahan membawa kepada pengasas Babydash Sdn Bhd, Lavinie Thiruchelv­am dan rakan kongsinya menubuhkan satu-satunya portal e-dagang sehenti negara yang menjual hampir keseluruha­n barangan bayi pada harga terendah.

Lavinie yang juga seorang ibu berkata kepada Bernama ‘terdapat jurang besar dalam pasaran di mana tidak ada orang yang menjual semua keperluan barangan bayi di bawah satu bumbung dalam talian’.

Beliau bersimpati dengan para ibu yang terpaksa mengharung­i kesesakan jalan raya dan meredah pasar raya, gedung beli-belah dan farmasi bagi mencari susu formula yang sesuai serta barangan seperti lampin, kereta tolak bayi, krim bayi khusus dan lain-lain dalam kesibukan rutin harian mereka.

“Kini, para ibu tidak lagi perlu melangkah keluar dari rumah kerana kami telah meletakkan semua produk ini dalam talian di bawah satu kedai sehenti, yang memberikan kemudahan dan keselesaan bagi mereka dengan hanya perlu melayari katalog kami dan membeli segalanya dalam talian dan dihantar terus ke pintu rumah mereka.”

Selepas lapan tahun beroperasi, Babydash kini semakin dikenali ramai dalam talian, menyasar menjual 10,000 produk dalam talian daripada 6,000 ketika ini dan menjadi kedai barangan bayi dalam talian nombor satu di Malaysia.

Portal e-dagang Babydash memiliki 130,000 pengikut dan 30,000 ahli dengan trafik mencecah 700,000 dalam satu-satu bulan.

Menurutnya, terdapat ramai usahawan yang memiliki idea yang baik tetapi perniagaan dalam talian perlu memiliki ketabahan, kecekalan dan terpaksa mengharung­i cabaran yang getir.

“Untuk kekal bersaingan dalam keadaan cabaran yang sengit dan memastikan kami menjual semua barangan bayi yang diperlukan para ibu, kami memerlukan lebih banyak jenama untuk ditambah,” kata Lavine.

Ditanya bagaimana Babydash dapat menawarkan barangan pada harga yang rendah, beliau berkata, “kami mengorbank­an margin kami” berbanding syarikat yang memiliki kedai walaupun produk diperoleh daripada pengedar yang sama.

Mengenai tanggapan bahawa platform e-dagang dapat menawarkan harga yang rendah kerana ia tidak menanggung kos seperti bangunan, sewa dan kos modal, beliau menegaskan bahawa ia adalah satu salah faham.

“Tidak dinafikan kedai biasa mempunyai kos mereka, tetapi kami ada kos tersembuny­i seperti perbelanja­an sewaan penyimpana­n rumah gudang yang agak tinggi dan kami masih perlukan pasukan yang lengkap dan kakitangan untuk membungkus barangan dan sebagainya,” katanya.

Menurutnya, dari segi pemasaran, kedai biasa tidak perlu banyak berbelanja, tetapi untuk menempatka­n nama Babydash agar dikenali ramai dalam talian beliau terpaksa memperuntu­kkan perbelanja­an yang tinggi dalam pemasaran digital yang menelan kos besar.

Pemasaran di media sosial banyak menggunaka­n kos kerana pemain e-dagang perlu membida kata kunci syarikat seperti bayi, ruam lampin, ekzema, bayi kolik, sembelit untuk dipaparkan dalam Facebook, Google, Yahoo dan Instragram.

“Kami perlu bersaing dengan portal e-dagang lain walaupun mereka tidak menjual barangan bayi,” katanya. — Bernama

 ??  ??
 ??  ?? LAVINIE
LAVINIE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia