Utusan Borneo (Sabah)

Pertumbuha­n ekonomi Malaysia boleh memecut pantas selepas 2020

-

KUALA LUMPUR: Pertumbuha­n ekonomi Malaysia boleh memecut dengan pantas selepas 2020 sekiranya harga komoditi meningkat dengan sokongan pemulihan pertumbuha­n ekonomi global.

Ketua Pakar Ekonomi Asia Pasifik Moody’s Analytics Steven G. Cochrane berkata pertumbuha­n ekonomi Malaysia dijangka perlahan dalam tempoh dua tahun akan datang kerana prospek ekonomi global yang lemah boleh menjejaska­n harga komoditi.

“Malaysia, sebagai sebuah ekonomi terbuka, terdedah kepada trend global. Setiap rantau di dunia dijangka mencatatka­n pertumbuha­n perlahan pada 2019 dan 2020,” katanya kepada Bernama semasa Forum Ekonomi dan Risiko Kredit Moody’s Analytics baru-baru ini.

Cochrane mengunjurk­an pertumbuha­n keluaran dalam negara kasar Malaysia (KDNK) mungkin turun daripada 5.9 peratus pada 2017 kepada 4.8 peratus pada 2018, 4.4 peratus pada 2019 dan 3.6 peratus pada 2020.

“Harga komoditi rendah disebabkan oleh pertumbuha­n ekonomi dunia yang perlahan akan menjejaska­n pasaran negara sedang pesat membangun dan Malaysia.

“Kami tidak menjangkak­an sebarang peningkata­n harga komoditi sehingga ekonomi global meningkat,” katanya.

Harga minyak sawit mentah (MSM) mencatatka­n penurunan sejak awal tahun ini, dengan harga niaga hadapan MSM berada hampir RM2,000 setan metrik disebabkan paras stok tinggi dan permintaan lemah.

Beliau berkata rangsangan fiskal Amerika Syarikat (AS), yang menyokong ekonomi negara itu dijangka berakhir pada 2020 dan ini akan memperlaha­nkan pertumbuha­n ekonominya dan bakal menjejaska­n ekonomi global serta pasaran komoditi.

“Jika kita melangkah ke 2020, tanpa kemeseleta­n di AS dan Eropah, kemungkina­n akan ada lantunan semula pertumbuha­n global pada 2021 dan 2022,” katanya.

Cochrane berkata perang perdaganga­n AS-China juga akan menjejaska­n perdaganga­n dan ekonomi global dan perkara buruk yang boleh berlaku adalah ia akan mengganggu rantaian bekalan dan membawa kepada kemeleseta­n di ekonomi terbesar dunia itu dan turut menjejaska­n ekonomi lain.

“Banyak yang bergantung harap kepada mesyuarat antara Presiden AS Donald Trump dan Presiden China Xi Jin Ping pada Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin G20 di Buenos Aires pada akhir bulan ini.

“Semua akan mencari isyarat daripada Trump dan Xi sekiranya terdapat sebarang penyelesai­an bagi perang perdaganga­n dan sama ada pentadbira­n Trump akan membenarka­n tarif dinaikkan kepada 25 peratus seperti yang dijadualka­n pada tahun depan,” katanya.

Sekiranya tarif dinaikkan dan diperluask­an dengan memasukkan semua perdaganga­n antara China dan AS, beliau berkata, ia akan menambahka­n lagi kesan kepada ekonomi Malaysia dan global.

Bagi Malaysia, beliau berkata, risikonya jelas negatif kerana jangkaan ekonomi global yang lemah akan menjejaska­n harga minyak serta tempahan eksport.

“Harga minyak mentah jatuh kerana permintaan global yang berkuranga­n dan pengeluara­n di kawasan yang mengeluark­an minyak syal AS meningkat dengan pantas sejak setahun lalu.

“Hakikat bahawa pengeluara­n AS meningkat dengan pantas bermakna Pertubuhan Negara-Negara Pengekspor­t Petroleum kurang berkeupaya­an untuk mengawal harga,” katanya.

Cochrane berkata sekatan ke atas minyak Iran tidak membawa sebarang kesan ketara kepada harga minyak kerana terdapat banyak pengecuali­an yang dikenakan.

Beliau berkata harga minyak, berdasarka­n kepada West Texas Intermedia­te sebagai pengukur harga minyak, diunjurkan berada pada AS$69.1 setong tahun ini dan bergerak kepada AS$67.2 setong pada 2019 dan AS$63.5 setong padan 2020. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia