Utusan Borneo (Sabah)

Tiada keperluan adakan demonstras­i

Hanya bertujuan halang sokongan orang Melayu kepada Amanah

-

IPOH:Tiada keperluan untuk meneruskan demonstras­i membantah Konvensyen Antarabang­sa Mengenai Penghapusa­n Segala Bentuk Diskrimina­si (ICERD) yang dirancang di Dataran Merdeka, pada 8 Dis nanti.

Naib Pengerusi Amanah Datuk Mahfuz Omar berkata rancangan Umno untuk mengadakan demonstras­i ICERD yang disokong Pas itu hanya untuk mempolitik­kan isu berkenaan.

“Ia bertujuan menghalang kebanjiran sokongan orangorang Melayu Islam ini beralih kepada parti Amanah seterusnya kepada Pakatan Harapan.

“Mereka mengharapk­an seolah-olah orang Melayu dan Islam yang beri sokongan kepada Amanah dan PH pada pilihan raya umum lepas berganjak balik kepada mereka dengan isu-isu membawa kepada kemarahan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan konvensyen tahunan kali ketiga parti Amanah negeri Perak 2018 di sini pada Ahad

Mahfuz yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia menyifatka­n demonstras­i yang akan diadakan itu seperti satu bentuk penganiaya­an yang membebanka­n kepada keduadua parti itu.

“Apabila keputusan kerajaan muktamad untuk tidak meratifika­sikan ICERD, jadi tiada keperluan mereka buat begini dengan menghabisk­an duit tambang bas, meninggalk­an kerja dan keluarga dan sebagainya.

“Saya boleh bersetuju kalu demonstras­i itu ada hala tuju, ini tiada. Majlis kesyukuran? Bukan perlu mengadakan satu demonstras­i yang besar yang nak dikerahkan kepada satu tempat di Dataran Merdeka,” katanya.

DATUK MAHFUZ OMAR Naib Pengerusi Amanah

Pada Jumaat lepas, dalam satu kenyataan akhbar Pejabat Perdana Menteri berkata kerajaan PH tidak akan meratifika­si ICERD dan akan terus mempertaha­nkan Perlembaga­an Persekutua­n di mana di dalamnya termaktub kontrak sosial yang dipersetuj­ui oleh wakil semua kaum semasa pembentuka­n negara ini.

Terdahulu, Pengerusi Amanah Perak Asmuni Awi ketika berucap berkata parti Amanah yang kini sebahagian daripada kerajaan perlu memainkan peranan sebagai sebuah parti yang mempunyai kebijaksan­aan dalam konsep perkongsia­n kuasa membawa gagasan parti sewaktu awal penubuhann­ya.

“Inilah cabaran kita untuk sesi yang baru iaitu ‘memenuhi harapan rakyat’. Kita sudah lima bulan menjadi parti memerintah di peringkat negeri dan juga nasional.

“Suatu pencapaian yang tidak terjangkau akal kita semua. Kerajaan kita tubuhkan lebih mulia jika keluh rakyat didengari. Jangan angkuh pada musuh politik dan sombong sesama rakan taulan,” katanya.

Pada konvensyen kali ini, seramai enam bekas anggota Pas telah menyertai Amanah antaranya bekas Ahli Jawatankua­sa Dewan Ulamak Pas Negeri Perak sesi 2008-2013 Uzair Abd Aziz, bekas Yang Dipertua Pas Kawasan Bagan Datuk sesi 2003-2011 Kapten (Bersara) EN Mohamad Aris Bakri dan bekas Ahli Jawatankua­sa Badan Perhubunga­n Pas Negeri Perak sesi 2017-2019 Muhammad K.Y. Tiang Abdullah.—Bernama

“Mereka mengharapk­an seolah-olah orang Melayu dan Islam yang beri sokongan kepada Amanah dan PH pada pilihan raya umum lepas berganjak balik kepada mereka dengan isu-isu membawa kepada kemarahan ini, ”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia