Utusan Borneo (Sabah)

Tengku Permaisuri Selangor rasmi Pusat Sehenti Kucing Selangor

-

SERDANG: Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin pada Ahad berkenan menyempurn­akan perasmian Pusat Sehenti Kucing Selangor sempena hari keempat pameran Pertanian, Hortikultu­r dan Agro Pelanconga­n Malaysia 2018 (MAHA 2018).

Keberangka­tan baginda diiringi oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub dan isterinya, Datin Fatimah Taha.

Baginda menyempurn­akan majlis perasmian berkenaan di Dewan Pameran A, Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), di sini yang turut disaksikan Ketua Pegawai Eksekutif Medic Pets (M) Sdn Bhd (MedicPets) Siti Sofiah Ramli.

Baginda turut berkenan mengunjung­i beberapa tapak pameran selepas selesai merasmikan pelancaran majlis itu dan berangkat meninggalk­an dewan itu kira-kira pukul 11.30 pagi.

Sementara itu, Siti Sofiah berkata Pusat Sehenti Kucing Selangor akan dibuka sepenuhnya pada Disember ini, di Setia Alam, Selangor dan penubuhan pusat itu bertujuan memberi maklumat kepada pemilik kucing mengenai penjagaan haiwan peliharaan itu dengan kaedah sebetulnya.

“Ia (Pusat Sehenti Kucing Selangor) juga merupakan pusat bagi pemilik atau penggemar kucing mempelajar­i caracara atau teknik-teknik penjagaan serta mendapatka­n informasi mengenai penyakitpe­nyakit haiwan peliharaan itu,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian itu.

Katanya lagi, penubuhan pusat itu dicetuskan oleh para sukarelawa­n Medic Pets dan ditanggung sepenuhnya oleh Medic Pets Sdn Bhd dengan kerjasama Selangor Youth Community (SYC).

Medic Pets merupakan sebuah syarikat pengeluara­n produk bio-herba dan bioteknolo­gi untuk haiwan peliharaan dan telah ditubuhkan pada tahun 2014.

Selainitu,MAHA2018be­rmulapada2­2Nov lalu hingga 2 Dis ini, bertemakan ‘Makanan Kita Masa Depan Kita’, menampilka­n 770 gerai jualan dengan penyertaan 680 pempamer, mesyuarat perniagaan serta forum perniagaan bersama jemputan daripada agensi kerajaan berkaitan.

Sebanyak 501 menu juadah popular dari semua negeri, produk asas tani, buah-buahan dan sayur-sayuran, anak pokok dan bungabunga­an, ikan dan makanan laut segar turut dijual pada MAHA 2018.

Ekspo pertanian terbesar Malaysia itu turut mempamerka­n 13 pavilion negeri dengan menampilka­n identiti, kebudayaan, pameran dan juadah makanan negeri yang dapat dinikmati oleh pengunjung.-Bernama

 ??  ?? TENGKU Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin (dua, kanan) berkenan melawat Pameran Pertanian, Hortikultu­r dan Agro Pelanconga­n Antarabang­sa (MAHA) 2018 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang. -Gambar Bernama
TENGKU Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin (dua, kanan) berkenan melawat Pameran Pertanian, Hortikultu­r dan Agro Pelanconga­n Antarabang­sa (MAHA) 2018 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang. -Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia