Utusan Borneo (Sabah)

Bekalan ikan 100 hari percuma?

-

SERDANG: Bunyinya agak unik, teka berat obor-obor, menang bekalan ikan segar sejuk beku untuk 100 hari!

Demikian hadiah yang ditawarkan oleh Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) kepada pengunjung ke pavilion persatuan itu di Pameran Pertanian, Hortikultu­r dan Agro Pelanconga­n Malaysia (MAHA) 2018, di sini.

Pavilion Nekmat yang terletak di Blok A di MAHA bakal memukau sesiapa sahaja dengan kehadiran beberapa obor-obor berwarna biru dan putih yang disimpan di dalam bekas silinder lutsinar.

Pertanding­an tersebut menawarkan tiga hadiah yang mana pemenang pertama akan membawa pulang bekalan ikan sejuk beku untuk 100 hari, tempat kedua bekalan untuk 60 hari manakala tempat ketiga bekalan untuk 30 hari.

Tarikh tutup pertanding­an adalah pada Sabtu, 1 Dis dan pemenang akan diumumkan pada Ahad, 2 Dis. Sehingga hari ini, Nekmat telah menerima lebih 1,000 jawapan.

Pengurus Besarnya, Norizaman Ghazali berkata pada pameran MAHA kali ini, pihaknya ingin membawa suatu kelainan dalam menarik lebih ramai pengunjung ke pavilion mereka.

“Lagi ramai pengunjung, lagi ramai yang tahu mengenai Nekmat. Di pavilion Nekmat, kami hendak berkongsi teknologi-teknologi yang kami ada kepada pengunjung, khususnya nelayan. Ini adalah kerana dengan bantuan teknologi, ia mampu memperting­katkan nilai hasil tangkapan mereka.

“Antara teknologi itu adalah Sistem Penentuan Lokasi Ikan (FSI) yang mana teknologi ini mampu meningkatk­an hasil tangkapan sehingga 20 peratus,” katanya kepada Bernama ketika ditemui pada Pameran MAHA 2018, di sini pada Ahad.

Selain itu, teknologi ‘Individual­ly Quick Frozen’ (IQF) dalam membekukan ikan-ikan segar turut diketengah­kan Nekmat di pavilion mereka.

Norizaman berkata mereka yang ingin merasai sendiri pengalaman mengendali bot nelayan, bolehlah menaiki simulasi bot nelayan yang turut dibina di pavilion itu. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia