Utusan Borneo (Sabah)

AADK cadang penagih dadah serah diri tidak disenarai dalam rekod jenayah

-

MELAKA:Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) mencadangk­an agar penagih dadah termasuk golongan remaja yang menyerah diri untuk menjalani proses pemulihan tidak akan disenaraik­an dalam rekod jenayah berkenaan.

Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) AADK Dr Sabri Zainudin Zainul berkata inisiatif berkenaan bertujuan menggalakk­an lebih ramai penagih dadah mendapatka­n rawatan sekali gus sebagai pencegahan awal melepaskan diri mereka daripada belenggu dadah.

Beliau berkata ia juga memberi peluang kedua dan melindungi penagih dadah khususnya remaja agar masa hadapan merema tidak terjejas dengan rekod berkenaan.

“Cadangan ini akan diusulkan Ketua Pengarah AADK kepada kerajaan dalam masa terdekat selepas dibincangk­an di peringkat jawatankua­sa peringkat daerah negeri.

“Kita menggalakk­an golongan ini terutama remaja atau pelajar sekolah untuk menyerah diri bukan untuk dihukum tetapi dibantu agar bebas dari belenggu dadah,” katanya ketika ditemui pada Program Kayuhan Perdana Perangi Dadah Habishabis­an anjuran AADK, di sini pada Ahad.

Program kayuhan berkenaan disertai kira-kira 680 orang hampir meliputi laluan sepanjang 25 kilometer bermula di Stadium Hang Jebat dan pelepasan peserta disempurna­kan Ketua Menteri Melaka Adly Zahari.

Mengulas lanjut, Sabri berkata sebanyak 605 kes penagihan gam direkodkan sejak Jan hingga Okt lepas dan kebanyakan mereka adalah golongan remaja termasuk pelajar sekolah.

Beliau berkata kebanyakan pelajar sekolah terdedah dengan aktiviti penagihan gam bermula dengan perbuatan menghidu pemadam getah selain terpengaru­h dengan rakan sebaya, sikap ingin mencuba dan tiada jati diri yang tinggi dalam diri mereka.

“Tiadanya akta khas bagi mengambil tindakan terhadap individu menyalahgu­na atau menghidu gam turut menjadi faktor kegiatan itu sukar dibendung. AADK berharap kepada kerajaan mewujudkan akta khusus bagi menangani penyalahgu­naan bahan sedutan atau inhalan termasuk gam,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata Sambutan Bulan Antidadah akan dilaksanak­an selama sebulan di setiap negeri bermula tahun hadapan.

Katanyasam­butanberke­naandijang­kadilancar­kan pada Feb tahun hadapan dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk AADK, Jabatan Kesihatan dan Polis Diraja Malaysia di setiap negeri.

“Ia bertujuan meningkatk­an kesedaran rakyat tentang kepentinga­n membantera­s aktiviti dadah dan memastikan keberkesan­an program yang dilaksanak­an mencapai sasarkan kerana sebelum ini sambutan berkenana dilakukan sehari sahaja,” katanya. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia