Utusan Borneo (Sabah)

Serangan balas IS ragut nyawa 47 pejuang Syria

Pertempura­n di timur Syria menyaksika­n loji minyak dan perkampung­an terjejas teruk

-

BEIRUT:Seranganba­lasoleh kumpulan Islamic State telah mengorbank­an sekurangku­rangnya 47 pejuang yang disokong Amerika Syarikat (AS) sepanjang dua hari ketika pejuang jihad menyerang dari tempat persembuny­ian mereka di timur Syria, menurut sebuah badan pemerhati perang kelmarin.

Pakatan Pasukan Demokratik Syria (SDF) yang diketuai Kurdis disokong pakatan diketuai AS sedang berjuang untuk menghalau pejuang jihad dari satu kawasan di wilayah timur Deir Ezzor di sempadan Iraq.

Syrian Observator­y for Human Rights yang berpusat di Britain menyatakan pejuang jihad melancarka­n tiga serangan berasingan kelmarin.

Pihak pemerhati menyatakan serangan balas menyasarka­n perkampung­an di Al-Bahra dan Gharanij serta satu kawasan berhampira­n dengan loji minyak Al-Tanak, yang aktif dari segi komersial namun juga merupakan kedudukan tentera SDF.

Jurucakap SDF Mustefa Bali mengesahka­n siri serangan diketuai IS di tiga lokasi ini dan menyatakan pertempura­n telah berlaku sepanjang hari, dengan pasukan tentera darat yang diketuai Kurdis menerima bantuan udara dari pakatan.

Pertempura­n berlaku kelmarin sahaja mengorbank­an 29 pejuang SDF, menjadikan jumlah kehilangan semuanya sepanjang dua hari lepas sebagai sekurang-kurangnya 47 orang, kata ketua Observator­y Rami Abdel Rahman.

Seramai 39 pejuang jihad IS terkorban sebahagian dalam pertempura­n di darat, yang lain lagi akibat serangan udara, bagi tempoh sama, menurut Observator­y.

IS mengesahka­n dalam satu kenyataan di Telegram bahawa ia telah melancarka­n serangan berhampira­n AlBahra dan Gharanij.

Pada mulanya, pihak Observator­y menyatakan IS telah keluar dari kawasan persembuny­iannya Jumaat lepas untuk menyerang Al-Bahra, pangkalan para pejuang SDF dan penasihat pakatan.

“IS telah melancarka­n satu serangan awal ke atas perkampung­an Al-Bahra berdekatan tempat persembuny­iannya, mengambil kesempatan dari keadaan berkabus,” menurut Abdel Rahman.

Pihak pemerhati menyatakan serbuan pakatan tu- rut mengorbank­an 17 orang awam, termasuk lima kanakkanak, di kawasan yang ditawan IS sejak Jumaat.

Jurucakap pakatan Sean Ryan menyatakan beliau tidak menerima sebarang laporan mengenai kematian orang awam, dan menegaskan serangan udara sangat terhad disebabkan keadaan cuaca.

Aktivis Deir Ezzor, Omar Abu Leila menyatakan serangan ke atas Al-Bahra amat menakutkan dan para pejuang IS mampu bergerak pantas dengan mengambil kesempatan dari kabus.

Sementara itu serangan rejim Syria telah membunuh sembilan orang awam termasuk tujuh kanak-kanak kelmarin di sebuah zon penampan yang dirancangk­an di sekitar kubu terakhir pemberonta­k di negara ini, menurut pihak Observator­y.

Seorang guru dan empat orang pelajar adalah di antara mangsa selepas serangan mengenai berhampira­n sebuah sekolah di wilayah barat laut Idlib, kata Abdel Rahman.

Pada lewat petang, di Aleppo berhampira­n yang berada di bawah kawalan rejim Syria, media rasmi menuduh pihak pemberonta­k sebagai melancarka­n satu serangan dengan gas beracun.

Ketua wilayah perkhidmat­an kesihatan Ziad Hajj Taha menyatakan ia adalah kemungkina­n serangan klorin.

Ia bukannya kali pertama bagi tuduhan sebegitu telah dilakukan terhadap pemberonta­k di Aleppo.

Dalam beberapa kejadian lain, rejim Syria dituduh menggunaka­n senjata kimia ke atas kubu kuat pemberonta­k yang juga sering kali dinafikan.

Pakatan anti-IS telah beberapa kali menafikan laporan awal mengenai kematian orang awam dalam serangan udaranya, dan menyatakan ia telah melakukan sedaya upayanya bagi mengelak mengenai orang awam.

IS telah menawan beberapa kawasan luas di Syria dan negara jiran Iran pada 2014, menuntut sebuah kerajaan di kawasan yang dikawalnya namun telah kehilangan sebahagian besar daripadany­a dalam serangan beberapa pasukan di kedua-dua buah negara.

Di Syria, pejuang jihad telah kebanyakan tertumpu di kawasan di Deir Ezzor, namun mereka juga hadir di gurun luas Badia yang terletak di sepanjang negara hingga ke sempadan Iraq. — AFP

 ??  ??
 ??  ?? GAMBAR fail 20 November lalu menunjukka­n para pejuang NLF mengambil kedudukan di barisan hadapan berdepan tentera kerajaan di kawasan al-Rashedin, barat Aleppo di barat laut Syria. — Gambar AFP
GAMBAR fail 20 November lalu menunjukka­n para pejuang NLF mengambil kedudukan di barisan hadapan berdepan tentera kerajaan di kawasan al-Rashedin, barat Aleppo di barat laut Syria. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia